Connect with us

Terkini

KPT kenal pasti bantuan pelajar IPT terkesan banjir

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengenal pasti bentuk bantuan bakal disalurkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menjadi mangsa banjir di Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KPT kenal pasti bantuan pelajar IPT terkesan banjir
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan kenal pasti bentuk bantuan bakal disalur kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menjadi mangsa banjir di Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.
  • “Kebiasaannya KPT akan menyalurkan bantuan dan menggerakkan sukarelawan bagi membantu kalau berlaku bencana seperti banjir.
  • “Kita akan melihat masalah apa yang dihadapi pelajar, jika berkaitan penempatan mereka tidak selesa, kita akan tempatkan mereka ke lokasi lain yang lebih selesa,” – Timbalan Menteri KPT, Datuk Mohammad Yusof Apdal.

 

MELAKA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengenal pasti bentuk bantuan bakal disalurkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang menjadi mangsa banjir di Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, bantuan itu ditentukan berdasarkan masalah dihadapi oleh pelajar terlibat.

Menurutnya, seandainya mereka menghadapi masalah penempatan, kementerian akan menempatkan ke satu tempat bersesuaian sebelum banjir reda.

“Kebiasaannya KPT akan menyalurkan bantuan dan menggerakkan sukarelawan bagi membantu kalau berlaku bencana seperti banjir.

“Kita akan melihat masalah apa yang dihadapi pelajar, jika berkaitan penempatan mereka tidak selesa, kita akan tempatkan mereka ke lokasi lain yang lebih selesa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Duta TVET Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di Dewan Canselor Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, pihaknya bersedia untuk menghantar Sukarelawan Tuah bagi membantu mangsa banjir yang semakin bertambah di empat buah negeri.

Menurutnya, pasukan itu cukup mahir menguruskan pasca banjir terdiri daripada 300 pelajar dan 200 kakitangan.

“Kami sudah bersedia untuk digerakkan jika mendapat arahan daripada KPT untuk pergi dan kita akan pergi ke mana sahaja yang diarahkan,” katanya. – UTUSAN

 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *