Antarabangsa
Insiden bakar al-Quran: Turkiye tangguh rundingan dengan Sweden
Turkiye bertindak menangguhkan rundingan keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang sekali gus menjejaskan harapan negara Nordic untuk menyertai pakatan pertahanan Barat selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
- Turkiye tangguhkan rundingan keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sekali gus jejaskan harapan negara Nordic sertai pakatan pertahanan Barat selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
- Pengumuman dibuat Ankara selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan menyelar Sweden kerana benarkan protes hujung minggu termasuk pembakaran naskah al-Quran di luar kedutaan Turkiye di Stockholm Sabtu lalu.
- Terdapat ‘provokasi’ mahu gagalkan hubungan Sweden dengan negara lain dan bantutkan usaha sertai NATO yang diketuai Amerika Syarikat. – Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson
ISTANBUL – Turkiye bertindak menangguhkan rundingan keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang sekali gus menjejaskan harapan negara Nordic untuk menyertai pakatan pertahanan Barat selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Pengumuman itu dibuat Ankara selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan menyelar Sweden kerana membenarkan protes hujung minggu termasuk pembakaran naskah al-Quran di luar kedutaan Turkiye di Stockholm pada Sabtu lalu.
Satu sumber diplomatik Turkiye berkata, mensyuarat tiga pihak itu telah ditunda dari Februari ke ‘tarikh seterusnya’ tanpa memberikan maklumat lanjut.
Keputusan itu sekali gus menipiskan peluang kedua-dua negara menyertai NATO.
Susulan insiden tersebut, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson menggesa semua pihak ‘bertenang’ dan dapat kembali mengadakan rundingan antara Sweeden, Finland dan Turkiye.
Katanya, terdapat ‘provokasi’ yang mahu menggagalkan hubungan Sweden dengan negara lain dan membantutkan usaha menyertai NATO yang diketuai Amerika Syarikat (AS).
“Tiada persoalan keselamatan negara yang lebih penting daripada kami bersama Finland untuk menjadi anggota NATO,” katanya.
Finland yang berkongsi sempadan dengan Rusia dan Sweden telah memutuskan untuk menyertai NATO pada Jun lalu.
Sumber: Sinar Harian