Connect with us

Terkini

Pilih pemimpin berdasarkan sifat dianjurkan Islam – Mantan Menteri Agama

Published

on

Foto: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
  • Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), berkata memilih pemimpin bukan sekadar memilih seorang individu, tetapi memilih insan yang akan memikul amanah besar dalam memimpin agama, menjaga kebajikan rakyat dan mengurus tadbir negara.
  • “Janganlah kita memilih hanya kerana populariti, emosi, atau kepentingan diri.
  • “Sebaliknya, pilihlah berdasarkan sifat yang dianjurkan oleh Islam iaitu beriman dan bertakwa kepada Allah, amanah serta jujur dalam memikul tanggungjawab, berilmu dan berkeupayaan mentadbir, berlaku adil kepada semua, serta berakhlak mulia dan menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru rakyat supaya memilih pemimpin berdasarkan sifat yang dianjurkan oleh Islam, bukan kerana populariti, emosi atau kepentingan diri.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata memilih pemimpin bukan sekadar memilih seorang individu, tetapi memilih insan yang akan memikul amanah besar dalam memimpin agama, menjaga kebajikan rakyat dan mengurus tadbir negara.

“Janganlah kita memilih hanya kerana populariti, emosi, atau kepentingan diri.

“Sebaliknya, pilihlah berdasarkan sifat yang dianjurkan oleh Islam iaitu beriman dan bertakwa kepada Allah, amanah serta jujur dalam memikul tanggungjawab, berilmu dan berkeupayaan mentadbir, berlaku adil kepada semua, serta berakhlak mulia dan menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau turut memetik ayat al-Quran yang mengingatkan bahawa Allah SWT menyuruh supaya segala amanah disampaikan kepada yang berhak menerimanya dan apabila menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah menghukum dengan adil.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita pemimpin yang memimpin dengan amanah, menegakkan keadilan, dan membawa keberkatan kepada agama, bangsa, dan negara,” katanya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author