Connect with us

Terkini

Titah Sultan Selangor tolak ladang babi cerminan kebijaksanaan Ketua Negeri – PEMBELA

Published

on

Foto: Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
  • Bercakap kepada The Merdeka Times, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, titah tersebut selaras dengan prinsip pencegahan mudarat (preventive approach) yang diiktiraf dalam pelbagai kerangka undang-undang berkaitan alam sekitar, kesihatan awam dan kesejahteraan masyarakat.
  • “Risiko pencemaran terhadap sumber air, tanah dan udara bukan sahaja memberi implikasi kepada alam sekitar, malah berpotensi menjejaskan hak dan kepentingan jutaan rakyat yang bergantung kepada sumber bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • “Dalam masa yang sama, titah Baginda turut mengambil kira aspek kemampanan ekonomi, penggunaan tanah secara optimum serta keseimbangan antara keperluan industri dan kepentingan awam. Pendekatan yang disarankan oleh Sultan Selangor jelas memperlihatkan pertimbangan menyeluruh terhadap maslahat negeri dan rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

KUALA LUMPUR – Pendirian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penternakan babi di negeri itu semalam disifatkan sebagai cerminan kebijaksanaan dan keprihatinan seorang Ketua Negeri serta Ketua Agama Islam dalam memastikan kepentingan awam, kelestarian alam sekitar, keselamatan sumber air serta keharmonian rakyat sentiasa terpelihara. 

Bercakap kepada The Merdeka Times, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, titah tersebut selaras dengan prinsip pencegahan mudarat (preventive approach) yang diiktiraf dalam pelbagai kerangka undang-undang berkaitan alam sekitar, kesihatan awam dan kesejahteraan masyarakat. 

“Risiko pencemaran terhadap sumber air, tanah dan udara bukan sahaja memberi implikasi kepada alam sekitar, malah berpotensi menjejaskan hak dan kepentingan jutaan rakyat yang bergantung kepada sumber bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Dalam masa yang sama, titah Baginda turut mengambil kira aspek kemampanan ekonomi, penggunaan tanah secara optimum serta keseimbangan antara keperluan industri dan kepentingan awam. Pendekatan yang disarankan oleh Sultan Selangor jelas memperlihatkan pertimbangan menyeluruh terhadap maslahat negeri dan rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zainul Rijal turut menegaskan bahawa pandangan Baginda tidak seharusnya disalahertikan sebagai campur tangan yang bercanggah dengan prinsip Raja Berperlembagaan. 

Merujuk kepada Bahagian 3 Perkara 50 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, tambahnya, autoriti eksekutif negeri terletak pada Sultan, yang memberikan Baginda tanggungjawab perlembagaan untuk memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan teratur, stabil dan mengambil kira kepentingan rakyat serta negeri secara keseluruhannya. 

Tegasnya lagi, institusi kesultanan berperanan penting dalam memastikan dasar serta tindakan kerajaan negeri sentiasa selaras dengan kepentingan awam, kesejahteraan rakyat dan keharmonian negeri. 

“Justeru, pandangan dan titah Baginda dalam isu yang memberi implikasi besar kepada rakyat dan negeri adalah wajar dihormati serta diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pihak,” kata beliau lagi.

Sementara itu, beliau turut menyeru semua pihak agar menghormati, menjunjung dan mematuhi titah Sultan Selangor tersebut dengan penuh bertanggungjawab.

Beliau menegaskan bahawa dalam sistem Raja Berperlembagaan, institusi kesultanan merupakan tonggak kestabilan. perpaduan  dan keharmonian yang wajib dihormati oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Adalah diharapkan agar semua pihak mengelakkan polemik yang boleh mencetuskan ketegangan atau keresahan awam. Sebaliknya, berikanlah kerjasama konstruktif demi menjamin kepentingan negeri serta kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau mengulas titah Sultan Selangor semalam yang kekal dengan pendirian bahawa Baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri itu susulan implikasi perternakan haiwan itu kepada alam sekitar.

Baginda bertitiah, aktiviti penternakan babi boleh menyebabkan pencemaran pada tanah, udara dan risiko pencemaran sumber air sungai melalui pelepasan najis dan sisa kumbahan haiwan tersebut. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author