Terkini
Tarik reservasi CEDAW: British pun tidak ganggu sistem syariah, Kenapa badan peguam campur tangan? – MACSA
- Pengerusi Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat (UPR) Malaysia (MACSA), Lukman Sheriff Alias menyifatkan Badan Peguam Malaysia seakan tidak memahami struktur asas Perlembagaan Persekutuan, khususnya membabitkan konsep ‘duality’ perundangan di negara ini susulan gesaan badan tersebut agar kerajaan menarik balik semua sekatan (reservasi) terhadap Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).
- “Saya hairan kadang-kadang peguam sendiri tidak memahami Perlembagaan. Kalau betul-betul hendak kesamarataan, mana boleh ada jenayah syariah yang sudah wujud beratus tahun di sini. Seolah-olah tidak faham ‘basic structure’ Perlembagaan tentang ‘duality’. CEDAW ini akan beri kesan kepada hukum syarak perkahwinan. Setengah peruntukan 16 bermasalah dan bertentangan dengan syariah. Sebab itu kita ada reservasi. Misalnya ‘guardianship’ untuk anak sebelum baligh diberi keutamaan kepada ibu. Ini bukan ‘equality’. Ini keutamaan syarak,” katanya di laman Facebook.
KUALA LUMPUR – Badan Peguam Malaysia disifatkan sebagai seolah-olah tidak memahami struktur asas Perlembagaan Persekutuan, khususnya membabitkan konsep ‘duality’ perundangan di negara ini susulan gesaan badan tersebut agar kerajaan menarik balik semua sekatan (reservasi) terhadap Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).
Pengerusi Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat (UPR) Malaysia (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata, sekiranya prinsip kesamarataan seumpama itu ingin dilaksanakan, maka tidak boleh ada sistem jenayah syariah yang telah berakar umbi sejak beratus tahun lalu di negara ini.
“Saya hairan kadang-kadang peguam sendiri tidak memahami Perlembagaan. Kalau betul-betul hendak kesamarataan, mana boleh ada jenayah syariah yang sudah wujud beratus tahun di sini. Seolah-olah tidak faham ‘basic structure’ Perlembagaan tentang ‘duality’.
“CEDAW ini akan beri kesan kepada hukum syarak perkahwinan. Setengah peruntukan 16 bermasalah dan bertentangan dengan syariah. Sebab itu kita ada reservasi. Misalnya ‘guardianship’ untuk anak sebelum baligh diberi keutamaan kepada ibu. Ini bukan ‘equality’. Ini keutamaan syarak,” katanya di laman Facebook.
Mengulas lanjut, Lukman Sheriff berkata, umat Islam di Malaysia mempunyai social construct serta budaya tersendiri yang tidak wajar diganggu-gugat, apatah lagi perkara tersebut tidak pernah dicampuri walaupun pada zaman penjajahan British.
Beliau menggesa Badan Peguam agar lebih menghormati Perlembagaan dan proses demokrasi di negara ini tanpa cuba mencampuri urusan berkenan.
“Umat Islam ada ‘social construct’ dan budaya tersendiri. Biarlah umat Islam tertakluk kepada shariah. Dari dahulu British tak pernah kacau pun bab ini. Kenapa Badan Peguam hendak kacau ganggu pula. Hormatilah Perlembagaan. Hormati proses demokrasi,” katanya.
Jelasnya, tuntutan kesamarataan yang diperjuangkan melalui CEDAW bakal memberi impak kepada hukum syarak berkaitan perkahwinan.
Beliau menegaskan, terdapat bahagian daripada Artikel 16 konvensyen tersebut yang dianggap bermasalah dan bercanggah dengan prinsip Islam yang telah lama diamalkan di Malaysia. Kenyataan beliau hadir sebagai reaksi terhadap gesaan Presiden Badan Peguam, Anand Raj seperti dilaporkan media yang mendesak kerajaan menarik balik semua sekatan (reservasi) terhadap CEDAW atas alasan ia bertentangan dengan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesamarataan gender. – The Merdeka Times