Connect with us

Terkini

Trump vs Pope : Pertelingkahan AS–Vatican semakin memuncak

Published

on

Foto: Presiden, Donald Trump (kiri) dan Paus Leo XIV (kanan).
  • Ketegangan antara pentadbiran Amerika Syarikat dan Vatican semakin memuncak apabila Naib Presiden AS, JD Vance, menggesa agar Pope Leo XIV,  memberi tumpuan kepada isu moral dan tidak mencampuri dasar awam negara itu.
  • Vance yang memeluk agama Katolik pada 2019 berkata, Vatican seharusnya berpegang kepada hal-hal moral dan urusan gereja, manakala dasar awam Amerika Syarikat wajar ditentukan oleh Presiden, Donald Trump.

WASHINGTON – Ketegangan antara pentadbiran Amerika Syarikat dan Vatican semakin memuncak apabila Naib Presiden AS, JD Vance, menggesa agar Pope Leo XIV,  memberi tumpuan kepada isu moral dan tidak mencampuri dasar awam negara itu.

Vance yang memeluk agama Katolik pada 2019 berkata, Vatican seharusnya berpegang kepada hal-hal moral dan urusan gereja, manakala dasar awam Amerika Syarikat wajar ditentukan oleh Presiden, Donald Trump.

Kenyataan itu dibuat susulan pertelingkahan terbuka antara Trump dan Pope Leo XIV, yang sebelum ini mengkritik keras retorik Presiden AS berhubung konflik melibatkan Iran sebagai “tidak boleh diterima”.

Paus Leo XIV, yang berasal dari Amerika Syarikat, turut memberi amaran terhadap ilusi kekuasaan mutlak yang semakin agresif dan tidak menentu, dipercayai ditujukan kepada kepimpinan Washington.

Trump bagaimanapun membalas dengan kenyataan keras di platform Truth Social, melabel Paus sebagai lemah dalam isu jenayah, dasar luar dan senjata nuklear, selain mendakwa tanpa beliau, Paus itu tidak akan dilantik.

Kontroversi semakin memuncak apabila Trump memuat naik imej janaan kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan dirinya seperti figura penyelamat, sekali gus mencetuskan kemarahan global termasuk dalam kalangan penyokongnya sendiri.

Imej tersebut dikecam pelbagai pihak sebagai bersifat menghina dan menyentuh sensitiviti agama, termasuk oleh organisasi Knights Templar International yang menyifatkannya sebagai satu penghinaan.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, turut mengkritik kenyataan Trump, menyifatkan ia tidak boleh diterima dan menegaskan bahawa pemimpin agama tidak seharusnya tunduk kepada arahan politik.

Dalam sidang media, Trump enggan memohon maaf dan mempertahankan tindakannya, malah menafikan imej tersebut menggambarkan dirinya sebagai Jesus Christ, sebaliknya mendakwa ia sekadar menggambarkan dirinya sebagai “doktor” atau pekerja Palang Merah.

Vance pula cuba meredakan keadaan dengan menyifatkan imej itu sebagai gurauan, namun penjelasan tersebut tidak diterima ramai, termasuk pemimpin Katolik yang mempersoalkan rasional di sebalik gambaran tersebut.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author