Connect with us

Terkini

Serangan Iran hancurkan Tel Aviv: 1,000 rumah rosak, kos perang melonjak RM80 bilion

Published

on

Foto: Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai.
  • Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai berkata, lebih 1,000 unit apartmen mengalami kerosakan serius sehingga tidak selamat untuk diduduki selepas serangan bertubi-tubi yang dilancarkan oleh Iran.
  • Laporan laman ekonomi Israel turut menyatakan bahawa konflik selama 12 hari sebelum ini sahaja telah menelan kos pampasan sekitar 3 bilion shekel (AS$1 bilion), manakala Kementerian Kewangan menganggarkan kos pampasan bagi konflik terkini mencecah 6.5 bilion shekel.

TEL AVIV  – Lebih 1,000 kediaman di Tel Aviv dilaporkan tidak lagi boleh didiami susulan kerosakan teruk akibat serangan peluru berpandu dan dron dalam konflik antara Iran dan Israel.

Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai berkata, lebih 1,000 unit apartmen mengalami kerosakan serius sehingga tidak selamat untuk diduduki selepas serangan bertubi-tubi yang dilancarkan oleh Iran.

Menurut laporan media Israel, serangan tersebut berlaku sebagai tindak balas Tehran terhadap serangan besar-besaran yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas wilayah Iran sejak 28 Februari lalu.

Peluru berpandu serta serpihan daripada sistem pertahanan udara yang memintas serangan turut dilaporkan mengenai bangunan di Tel Aviv serta kawasan berhampiran seperti Ramat Gan dan Bnei Brak, mengakibatkan kematian dan kecederaan puluhan orang.

Selain korban manusia, serangan tersebut turut menyebabkan kerosakan besar kepada kediaman, kenderaan serta infrastruktur awam, sekali gus menjejaskan kehidupan harian penduduk.

Media tempatan Israel melaporkan bahawa kos keseluruhan perang selama 40 hari dengan Iran dan Lubnan dianggarkan mencecah sekitar AS$17.5 bilion (lebih RM80 bilion), tidak termasuk kos pembinaan semula dan kerugian akibat gangguan ekonomi.

Dalam tempoh sama, hampir 30,000 rakyat Israel telah mengemukakan tuntutan pampasan kepada pihak berkuasa cukai negara itu bagi kerosakan harta benda secara langsung.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 18,408 tuntutan melibatkan kerosakan bangunan, 2,594 berkaitan peralatan, manakala 6,617 lagi melibatkan kenderaan.

Laporan laman ekonomi Israel turut menyatakan bahawa konflik selama 12 hari sebelum ini sahaja telah menelan kos pampasan sekitar 3 bilion shekel (AS$1 bilion), manakala Kementerian Kewangan menganggarkan kos pampasan bagi konflik terkini mencecah 6.5 bilion shekel.

Gencatan senjata dilaporkan mula berkuat kuasa pada 8 April selepas rundingan antara AS dan Iran di Islamabad, Pakistan, namun masih gagal mencapai persetujuan muktamad untuk menamatkan konflik secara menyeluruh.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author