Terkini
Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu
- Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara itu.
- Sultan Ibrahim bertitah jawatan itu amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah bahawa Baginda akan memilih Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara itu.
Sultan Ibrahim bertitah jawatan berkenaan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. – BERNAMA
Please follow and like us:
Teruskan Membaca