Connect with us

Terkini

Pempengaruh saman kerajaan Israel, dakwa tidak dibayar promosi propaganda perang Gaza

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Beberapa individu yang terlibat dalam kempen pro Israel berkata mereka ditawarkan bayaran sehingga AS$7,000 bagi setiap hantaran media sosial yang menyokong Israel atau yang memberi respons terhadap kritikan operasi ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza.
  • Sebuah syarikat media mendakwa kerajaan masih berhutang kira-kira AS$460,000 bagi perkhidmatan berkaitan usaha penyebaran mesej dalam talian semasa perang.
  • Sebuah lagi firma pula menyatakan bahawa ia masih belum menerima kira-kira AS$160,000 selepas mengendalikan sebuah studio media dan mengurus aktiviti komunikasi yang berkaitan dengan kempen tersebut.

TEL AVIV – Pempengaruh media sosial, perunding dan syarikat media telah memfailkan saman terhadap kerajaan Israel, dengan dakwaan bahawa mereka tidak dibayar sepenuhnya bagi kerja mempromosikan mesej pro-Israel secara dalam talian semasa perang Israel di Gaza.

Roya News melaporkan dokumen mahkamah menyatakan tuntutan undang-undang tersebut melibatkan bayaran bernilai jutaan dolar Amerika yang menurut plaintif telah dijanjikan tetapi tidak pernah dibayar. 

Saman itu menyatakan bahawa kontraktor direkrut untuk menghasilkan kandungan digital yang bertujuan membentuk pendapat awam antarabangsa mengenai perang tersebut.

Beberapa individu yang terlibat dalam kempen itu berkata mereka ditawarkan bayaran sehingga AS$7,000 bagi setiap hantaran media sosial yang menyokong Israel atau yang memberi respons terhadap kritikan terhadap operasi ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza.

Sebuah syarikat media mendakwa kerajaan masih berhutang kira-kira AS$460,000 bagi perkhidmatan berkaitan usaha penyebaran mesej dalam talian semasa perang. 

Sebuah lagi firma pula menyatakan bahawa ia masih belum menerima kira-kira AS$160,000 selepas mengendalikan sebuah studio media dan mengurus aktiviti komunikasi yang berkaitan dengan kempen tersebut.

Dokumen mahkamah juga menyatakan bahawa para kontraktor menanggung kos operasi yang besar berkaitan usaha itu. 

Ini termasuk perbelanjaan perjalanan, penghasilan video, peralatan studio dan infrastruktur pengiklanan digital yang digunakan untuk menyebarkan mesej tersebut di pelbagai platform.

Salah satu saman menyatakan bahawa kerajaan akhirnya “enggan menyelesaikan hutangnya”, menyebabkan syarikat media dan pempengaruh terpaksa menuntut pampasan melalui tindakan undang-undang.

Para plaintif berhujah bahawa baki bayaran yang tidak dijelaskan itu berpunca daripada perjanjian yang dibuat semasa perang Israel di Gaza, ketika pihak berkuasa berusaha memperluaskan kempen propaganda dalam talian yang bertujuan mempengaruhi naratif antarabangsa mengenai perang tersebut.

Perang Israel di Gaza telah menarik perhatian dan penelitian global terhadap operasi ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza. 

Organisasi hak asasi manusia dan pemerhati antarabangsa telah mendokumentasikan kemusnahan besar serta jumlah syahid rakyat Palestin yang tinggi sejak perang itu bermula.

Sepanjang perang tersebut, kerajaan, kumpulan advokasi dan pelbagai pihak swasta telah meningkatkan kempen digital di platform media sosial dalam usaha membentuk pendapat awam antarabangsa serta naratif mengenai konflik yang sedang berlaku. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author