Connect with us

Video

(VIDEO) Gelembung gas muncul dari dalam tanah selepas banjir di Aceh surut

Published

on

Foto: Tangkap layar klip video tersebut.
  • Lubang-lubang yang mengeluarkan gas di kawasan tanah yang sebelum ini ditenggelami banjir telah menarik perhatian penduduk yang terjejas akibat bencana tersebut.
  • Ini kerana gas yang muncul dari dalam tanah itu boleh menyalakan api.
  • Gelembung-gelembung gas dilihat muncul selepas air banjir surut. Bukan hanya satu, malah terdapat 10 titik gas yang dilaporkan oleh penduduk.

Banda Aceh – Satu fenomena jarang berlaku telah terjadi di kampung Gunung Cut, daerah Nagan Raya, Aceh. 

Lubang-lubang yang mengeluarkan gas di kawasan tanah yang sebelum ini ditenggelami banjir telah menarik perhatian penduduk yang terjejas akibat bencana tersebut.

Ini kerana gas yang muncul dari dalam tanah itu boleh menyalakan api. 

Gelembung-gelembung gas dilihat muncul selepas air banjir surut. Bukan hanya satu, malah terdapat 10 titik gas yang dilaporkan oleh penduduk.

“Selepas muncul gelembung-gelembung itu, mereka mengambil tindakan susulan dan membakarnya. Akhirnya memang didapati sejenis gas keluar,” kata Ketua Kampung Gunong Cu, Samsul Bahri yang dilaporkan SCTV dan dipetik Liputan 6.

Malah, di salah satu titik, api yang terhasil berwarna biru, menandakan pembakaran yang sempurna.

“Kita tidak tahu sama ada itu gas tulen atau gas beracun,” tambahnya.

Penemuan ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa bagi memastikan sama ada ia merupakan gas asli atau berpunca daripada kebocoran paip gas. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author