Connect with us

Terkini

Trump umum AS kawal hasil minyak Venezuela secara penuh

Published

on

Foto: Setiausaha Tenaga AS, Chris Wright.
  • Setiausaha Tenaga AS, Chris Wright menegaskan AS tidak “mencuri” minyak Venezuela, sebaliknya mendakwa hasil kewangan itu akan digunakan bagi menstabilkan ekonomi negara Amerika Latin tersebut.
  • Bagaimanapun, masih belum jelas berapa bahagian hasil jualan yang akan disalurkan kembali kepada Venezuela.

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) akan mengawal penjualan minyak Venezuela yang sebelum ini dikenakan sekatan tanpa had masa, ketika Washington bersedia melonggarkan sekatan terhadap eksport minyak mentah negara itu ke pasaran global, menurut kenyataan Rumah Putih.

Pegawai AS memaklumkan penjualan awal dijangka melibatkan antara 30 hingga 50 juta tong minyak, dengan hasil jualan tersebut akan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan AS bagi mengekalkan pengaruh terhadap kerajaan Venezuela.

Bagaimanapun, masih belum jelas berapa bahagian hasil jualan yang akan disalurkan kembali kepada Venezuela.

Setiausaha Tenaga AS, Chris Wright, berkata kawalan ke atas penjualan minyak itu penting sebagai alat tekanan politik.

Menurutnya, Washington memerlukan “leverage” berkenaan untuk memacu perubahan yang dianggap perlu berlaku di Venezuela.

Kenyataan itu susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trump, di media sosial bahawa Venezuela akan “menyerahkan” sehingga 50 juta tong minyak kepada AS untuk dijual pada harga pasaran.

Rumah Putih menjelaskan bahawa wang hasil jualan tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun yang dikawal AS, yang menurut Trump akan digunakan bagi memberi manfaat kepada rakyat Venezuela dan juga AS.

Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, mendakwa satu perjanjian telah dicapai antara kedua-dua pihak.

Namun, syarikat minyak milik kerajaan Venezuela, PDVSA, menegaskan rundingan berkaitan penjualan minyak masih berjalan berdasarkan kerangka sedia ada antara kedua-dua negara, sambil menafikan dakwaan perjanjian muktamad.

Pentadbiran AS turut memaklumkan langkah awal pemasaran minyak telah dimulakan, dengan kerjasama bank-bank utama dan firma komoditi bagi melaksanakan penjualan tersebut.

Sebagai sebahagian daripada pelan berkenaan, Washington bersedia melonggarkan sekatan secara “terpilih” yang selama beberapa dekad menyekat eksport minyak Venezuela.

Wright menegaskan AS tidak “mencuri” minyak Venezuela, sebaliknya mendakwa hasil kewangan itu akan digunakan bagi menstabilkan ekonomi negara Amerika Latin tersebut.

Kenyataan itu disokong oleh Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, yang berkata dana berkenaan perlu diagihkan dengan cara yang memberi manfaat kepada rakyat Venezuela dan bukannya kepada rasuah atau rejim pemerintah.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author