Connect with us

Terkini

Israel buka tempat perlindungan bom susulan ketegangan AS–Iran

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Tindakan itu menandakan kebimbangan serius terhadap kemungkinan serangan balas peluru berpandu secara langsung oleh Iran.
  • Sumber ketenteraan menunjukkan mereka menjangkakan serangan roket berat sama ada secara langsung dari wilayah Iran atau melalui proksi jarak jauh.
  • Agensi keselamatan juga bimbang Tehran mungkin melancarkan serangan di Pusat Penyelidikan Nuklear Negev di Dimona sekiranya tentera AS menyasarkan kemudahan nuklear Iran.

TEL AVIV – Seiring peningkatan laporan mengenai jangkaan operasi ketenteraan Amerika Syarikat terhadap Iran, pihak berkuasa perbandaran di seluruh Israel telah mula membuka dan melengkapkan tempat perlindungan bom awam.

Tindakan itu menandakan kebimbangan serius terhadap kemungkinan serangan balas peluru berpandu secara langsung oleh Iran, menurut media berbahasa Ibrani yang dipetik Roya News.

Di Tel Aviv, pihak perbandaran mengumumkan pembukaan tempat perlindungan di semua kawasan kejiranan.

Penduduk telah menerima arahan tegas berhubung “masa tindak balas” terhadap siren amaran, dengan stesen metro bawah tanah turut ditetapkan sebagai zon perlindungan diperkukuh.

Lebih ke selatan, di Beersheba,  pintu masuk ke wilayah Negev yang menempatkan pusat-pusat arahan penting serta Pangkalan Udara Hatzerim di mana tahap kesiapsiagaan tempat perlindungan telah dinaikkan ke tahap maksimum.

Sumber ketenteraan menunjukkan mereka menjangkakan serangan roket berat sama ada secara langsung dari wilayah Iran atau melalui proksi jarak jauh.

Persiapan di Dimona pula dianggap amat sensitif berikutan kewujudan Pusat Penyelidikan Nuklear Negev. 

Tempat perlindungan awam telah dibuka untuk penduduk, di samping pengukuhan ketara sistem pertahanan udara, termasuk sistem Patriot dan Arrow.

Agensi keselamatan bimbang Tehran mungkin melancarkan serangan “simbolik atau bersifat balas dendam” berhampiran Dimona sekiranya tentera AS menyasarkan kemudahan nuklear Iran.

Amaran keselamatan ini turut diperluaskan melangkaui kawasan-kawasan paling penting. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author