Connect with us

Terkini

Gaza milik Israel, Rakyat Palestin adalah ‘tetamu’ – Menteri Zionis

Published

on

Foto: Menteri Kebudayaan Israel, Miki Zohar.
  • Menteri Kebudayaan Israel, Miki Zohar, membuat kenyataan tersebut dalam satu temu bual bersama penyiar awam Israel, Kan.
  • “Gaza juga milik kami. Kami hanya membenarkan mereka tinggal di sana sebagai tetamu sehingga satu tahap tertentu, tetapi Gaza adalah milik kami,” katanya.
  • Kenyataan itu selari dengan pendirian beberapa menteri berhaluan kanan dalam gabungan kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang secara terbuka menyokong penjajahan semula Gaza serta penubuhan penempatan haram Yahudi.

TEBING BARAT– Seorang menteri kanan Israel mencetuskan kecaman antarabangsa selepas mendakwa bahawa Gaza adalah milik Israel dan rakyat Palestin yang mendiami wilayah itu hanyalah “tetamu”.

Menteri Kebudayaan Israel, Miki Zohar, membuat kenyataan tersebut dalam satu temu bual bersama penyiar awam Israel, Kan, pada Khamis ketika mengulas cadangannya untuk menafikan dana kepada industri perfileman Israel.

Menurut laporan The Times of Israel, Zohar berang selepas anugerah filem paling berprestij Israel, Ophir Award, diberikan kepada sebuah filem bertajuk The Sea, yang mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki Palestin dari Tebing Barat yang diduduki, yang dinafikan permit untuk mengunjungi pantai di wilayah Palestin yang dijajah Israel.

Zohar mendakwa filem itu menggambarkan tentera Israel secara negatif dan menjadikan Israel kelihatan seperti sebuah “negara apartheid yang membunuh rakyat Palestin”.

Bagaimanapun, pihak radio menjawab bahawa filem tersebut sekadar menggambarkan realiti sebenar penjajahan.

“Mungkin anda ada masalah dengan penjajahan itu sendiri, tetapi bukan dengan filem tersebut, kerana filem itu tidak berbohong tentang realiti tersebut,” kata penyiar berkenaan.

Dalam temu bual sama, Zohar menafikan bahawa Israel melakukan sebarang penjajahan, sebaliknya mendakwa Tebing Barat adalah milik Israel, dengan menggunakan istilah  “Judea dan Samaria”.

Apabila ditanya sama ada kehadiran Israel di Gaza juga dianggap sebagai penjajahan, Zohar sekali lagi menolak dakwaan tersebut.

“Gaza juga milik kami. Kami hanya membenarkan mereka tinggal di sana sebagai tetamu sehingga satu tahap tertentu, tetapi Gaza adalah milik kami,” katanya.

Kenyataan itu selari dengan pendirian beberapa menteri berhaluan kanan dalam gabungan kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang secara terbuka menyokong penjajahan semula Gaza serta penubuhan penempatan haram Yahudi.

Beberapa menteri Israel sebelum ini turut mendakwa bahawa Tebing Barat dan Gaza merupakan sebahagian daripada Israel.

Kenyataan terbaharu Zohar dilihat mengukuhkan lagi kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap agenda peluasan wilayah Israel serta penafian berterusan terhadap hak rakyat Palestin ke atas tanah mereka.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author