Connect with us

Terkini

(VIDEO) Rabbi Trump umum pelan besar ubah buku teks muslim

Published

on

Foto: Rabbi kelahiran Israel-Amerika Syarikat, Yehuda Kaploun.
  • Rabbi kelahiran Israel-Amerika Syarikat, Yehuda Kaploun, yang dilantik Presiden Donald Trump sebagai “Utusan Khas Memantau dan Memerangi Antisemitisme (SEAS)”, menggambarkan jawatannya sebagai alat untuk mengubah pendidikan di negara-negara tertentu, termasuk Indonesia yang mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia.
  • Menurutnya, kurikulum pendidikan dan buku sekolah  khususnya yang dibiayai PBB  perlu diubah agar selari dengan standard yang ditakrifkan oleh AS, manakala negara seperti Indonesia perlu dipertanggungjawabkan jika tidak memenuhi perubahan tersebut.
  • “Indonesia ada 350 juta umat Islam. Bagaimana kita ubah buku teks mereka? Presiden sedang menghantar mesej yang sangat kuat,” katanya.

TEL AVIV – Rabbi kelahiran Israel-Amerika Syarikat, Yehuda Kaploun, yang dilantik Presiden Donald Trump sebagai “Utusan Khas Memantau dan Memerangi Antisemitisme (SEAS)”, telah menggariskan rancangan untuk menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi pendidikan global, termasuk platform digital, bagi menonjolkan definisi sejarah dan kebenaran mengikut perspektif Amerika Syarikat dan Israel.

Bercakap pada Persidangan Jerusalem Post, Kaploun menggambarkan jawatannya sebagai alat untuk mengubah pendidikan di negara-negara tertentu, termasuk Indonesia yang mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia.

Menurutnya, kurikulum pendidikan dan buku sekolah  khususnya yang dibiayai PBB  perlu diubah agar selari dengan standard yang ditakrifkan oleh AS, manakala negara seperti Indonesia perlu dipertanggungjawabkan jika tidak memenuhi perubahan tersebut.

“Indonesia ada 350 juta umat Islam. Bagaimana kita ubah buku teks mereka? Presiden sedang menghantar mesej yang sangat kuat,” katanya.

Kaploun turut menegaskan bahawa pejabat SEAS akan dinaik taraf menjadi salah satu pejabat paling berpengaruh di Jabatan Negara AS.

Dalam ucapan sama, beliau mengumumkan perancangan pembentukan unit teknologi khas bagi memantau ucapan dalam talian, algoritma, serta bekerjasama dengan tokoh-tokoh teknologi besar.

“Kita akan ada satu bahagian khusus dalam pejabat ini untuk bekerja dengan pemimpin industri teknologi, ramai antara mereka adalah Yahudi, dan mereka telah menawarkan bantuan,” katanya.

Kaploun turut mengaitkan perubahan pendidikan dengan isu Gaza, sambil mendakwa buku teks yang dibayar melalui dana AS dan PBB tidak digunakan sebagaimana dijanjikan.

“Jika Amerika bayar untuk buku PBB, kenapa buku itu tidak digunakan? Kita harus ajar bahawa bukanlah sesuatu yang betul untuk mendidik anak menjadi mati syahid,” tegasnya.

Beliau menegaskan bahawa mandat utamanya kini tertumpu kepada pendidikan, penyeliaan digital, memerangi antisemitisme serta memastikan dasar tersebut memberi kesan global.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author