Connect with us

Antarabangsa

Gaza di tengah konflik, Israel-Mesir lanjut kerjasama tenaga AS$35 bilion

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi (kanan).
  • Dalam kenyataan disiarkan di televisyen, Netanyahu menyifatkan perjanjian itu sebagai perjanjian gas terbesar dalam sejarah Israel.
  • “Perjanjian ini mengukuhkan kedudukan Israel sebagai kuasa tenaga serantau dan menyumbang kepada kestabilan wilayah. Ia turut menggalakkan syarikat lain melabur dalam penerokaan gas di perairan ekonomi Israel,” katanya.
  • Setakat ini, kerajaan Mesir belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengumuman tersebut.

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan perjanjian gas bernilai AS$35 bilion (anggaran 112 bilion shekel) dengan Mesir pada Rabu malam, ketika Amerika Syarikat terus mendesak sidang kemuncak antara kedua-dua pemimpin negara berkenaan.

Dalam kenyataan disiarkan di televisyen, Netanyahu menyifatkan perjanjian itu sebagai perjanjian gas terbesar dalam sejarah Israel.

Perjanjian tersebut melibatkan syarikat tenaga Amerika, Chevron, bagi membekalkan gas ke Mesir.

“Perjanjian ini mengukuhkan kedudukan Israel sebagai kuasa tenaga serantau dan menyumbang kepada kestabilan wilayah. Ia turut menggalakkan syarikat lain melabur dalam penerokaan gas di perairan ekonomi Israel,” katanya.

Menurut sumber Israel yang rapat dengan perkembangan itu, Israel menangguhkan kelulusan rasmi perjanjian berkenaan selama beberapa bulan sebelum akur kepada tekanan pentadbiran Trump.

Presiden AS, Donald Trump kini berusaha menganjurkan sidang kemuncak antara Netanyahu dan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi sebagai sebahagian daripada langkah memacu rundingan damai serantau dan peluasan Perjanjian Abraham.

Setakat ini, kerajaan Mesir belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pengumuman tersebut, sementara Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral Mesir belum memberi maklum balas lanjut.

Israel dan Mesir menandatangani perjanjian damai penting pada 1979, namun pemimpin kedua-dua negara tidak bertemu secara terbuka hampir sedekad lamanya.

Sumber Israel kedua pula menyatakan pengumuman Netanyahu itu dilihat sebagai usaha membuka jalan untuk pertemuan dengan Sisi.

Netanyahu dijadualkan melawat Amerika Syarikat hujung bulan ini untuk bertemu Trump di Mar-a-Lago.

Terdahulu, Netanyahu hampir menghadiri sidang kemuncak damai di Sharm el-Sheikh pada Oktober lalu bersama Trump sebelum menarik diri pada saat akhir.

Mesir memainkan peranan utama sebagai perantara sepanjang konflik Gaza, namun hubungan antara Netanyahu dan Sisi dilaporkan sudah lama tegang.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author