Connect with us

Antarabangsa

Reebok desak logonya ditanggalkan dari jersi pasukan bola sepak Israel

Published

on

Foto: Jenama kasut sukan global, Reebok
  • Menurut media Israel, Reebok telah mengarahkan pengimportnya di Israel, MSG, untuk menanggalkan logo berkenaan daripada kit yang dibekalkan secara langsung kepada pasukan tersebut.
  • Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Reebok, menuduh syarikat berkenaan tunduk kepada desakan boikot.
  • Gerakan BDS sebelum ini melancarkan kempen #BoycottReebok, mendakwa Reebok bersubahat dengan Israel kerana menjadi penaja utama IFA, yang turut merangkumi kelab-kelab di penempatan haram Israel di tanah Palestin yang diduduki.

 

PALESTINJenama kasut sukan global, Reebok, dilaporkan mengarahkan pasukan bola sepak kebangsaan Israel membuang logonya daripada jersi rasmi selepas menerima tekanan daripada gerakan Boikot, Pelaburan dan Sekatan (BDS) berhubung keterlibatan syarikat itu dalam jenayah serius Israel terhadap rakyat Palestin.

Menurut media Israel, Reebok telah mengarahkan pengimportnya di Israel, MSG, untuk menanggalkan logo berkenaan daripada kit yang dibekalkan secara langsung kepada pasukan tersebut.

Susulan itu, Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Reebok, menuduh syarikat berkenaan tunduk kepada desakan boikot.

Gerakan BDS sebelum ini melancarkan kempen #BoycottReebok, mendakwa Reebok bersubahat dengan Israel kerana menjadi penaja utama IFA, yang turut merangkumi kelab-kelab di penempatan haram Israel di tanah Palestin yang diduduki.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengisytiharkan bahawa keseluruhan pendudukan Israel ke atas Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah menyalahi undang-undang serta melanggar larangan apartheid.

“Reebok mendakwa misinya ialah mencipta produk yang memberi inspirasi kepada pergerakan manusia sejagat, namun ia menaja apartheid yang dipertahankan oleh IFA, termasuk menafikan rakyat Palestin hak untuk bergerak bebas,” kata BDS dalam satu kenyataan.

Pada awal 2025, Reebok menandatangani kontrak dua tahun dengan IFA selepas syarikat Itali, Erreà, menarik diri daripada kontrak serupa kerana desakan boikot tanpa sempat menghantar jersi kepada IFA.

Erreà pada asalnya dijangka menggantikan Puma, yang tidak memperbaharui kontrak lima tahunnya selepas menerima tekanan kempen global boikot.

Pada 2018 pula, Adidas turut menghentikan penajaan terhadap IFA selepas desakan antarabangsa oleh pasukan sukan Palestin yang disokong lebih 16,000 tandatangan.

Gerakan BDS menegaskan penajaan Reebok memberi “legitimasi antarabangsa” kepada tindakan IFA yang didakwa bersubahat dalam jenayah Israel terhadap sukan Palestin.

Laporan turut menyebut Israel berulang kali membedil stadium Palestin, memusnahkan kemudahan sukan, menghalang pergerakan atlet Palestin, selain menahan, menembak dan membunuh atlet termasuk kanak-kanak yang bermain bola sepak.

Menurut BDS, setakat Januari 2025, sekurang-kurangnya 715 atlet Palestin terbunuh dan semua kemudahan sukan di Gaza musnah atau rosak teruk termasuk stadium, gimnasium dan kelab sukan  ada antaranya digunakan sebagai pusat tahanan dan penyeksaan.

Perkembangan ini berlaku ketika Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dilaporkan sedang mempertimbangkan tindakan terhadap IFA, di tengah desakan agar pasukan kebangsaan Israel diharamkan daripada kelayakan Piala Dunia serta kelab Israel dikecualikan daripada saingan bola sepak Eropah susulan genosid berterusan di Gaza.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author