Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Wanita Gaza seludup sperma suami yang dipenjarakan demi zuriat

Published

on

Foto: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Dr Fauziah Mohd Hasan

KUALA LUMPUR — Terdapat wanita Gaza yang suaminya dipenjarakan Israel menyeludup sperma pasangan mereka untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), demi membolehkan mereka mempunyai zuriat walaupun terpaksa berpisah.

Kaedah itu digunakan oleh pasangan yang baru berkahwin atau belum dikurniakan zuriat disebabkan suami mereka ditahan, serta tidak diketahui tarikh akan dilepaskan, kata Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Dr Fauziah Mohd Hasan dalam episod terbaru podcast Garis Krisis yang disiarkan di YouTube The Merdeka Times sebentar tadi.

Jelas beliau, proses menyeludup sperma itu dilakukan secara rahsia ketika lawatan ke penjara sebelum rawatan IVF dilakukan sama ada di Gaza atau Tebing Barat untuk disenyawakan dengan ovum isteri, lalu dipindahkan kembali ke rahimnya.

“Selalunya sperma ini cepat mati, tetapi itu Allah punya kuasakan so mereka berjaya menyeludupnya keluar dari penjara, dan saya rasa lebih daripada 100 bayi telah dilahirkan menerusi kaedah ini.

“Apabila bayi itu dilahirkan, si isteri akan meletakkan gambar suaminya yang sedang dipenjarakan, dan datuk kepada bayi berkenaan akan berkata, ‘Walaupun anak saya berada di penjara, saya kini mempunyai cucu yang mirip dirinya’,” ujar Dr. Fauziah, yang aktif dalam misi kemanusiaan termasuk menjadi wanita pertama Malaysia berlayar ke Gaza.

Situasi tersebut, kata beliau ia menunjukkan bahawa apa pun permasalahan yang dihadapi penduduk Palestin, pastinya mereka akan mencari jalan keluar daripadanya.

Beliau juga menegaskan bahawa keteguhan rakyat Palestin itu menjadi contoh kepada kita semua, bahawa mereka adalah manusia yang benar-benar menghidupkan atau mengamalkan perintah-perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran di dunia pada zaman ini. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author