Connect with us

Terkini

(VIDEO) ‘Derma’ nasi berlauk sisa tulang kepada pengemis, tiga remaja Cina dikecam netizen

Published

on

Foto: Tangkap layar klip video terbabit.

KUALA LUMPUR — Tiga remaja berbangsa Cina mencetuskan kemarahan netizen selepas didakwa bersikap biadab apabila memberikan sebungkus nasi berlaukkan tulang ayam dipercayai daripada bekas sisa makanan mereka kepada seorang pengemis, kononnya untuk berbuat kerja kebajikan.

Tindakan tiga lelaki itu tular menerusi satu video berdurasi satu minit 16 saat yang memaparkan di awal video mereka secara serentak dalam bahasa Mandarin dengan bersemangat memaklumkan bahawa hari tersebut mereka ingin membuat satu kerja kebajikan, sebelum kelihatan babak mereka mengunjungi satu rangkaian makanan segera terkenal.

Mereka masing-masing dilihat dengan rakus melahap isi ayam, sebelum salah seorang daripada mereka menyatakan adalah membazir tulang daripada sisa makanan mereka itu dibiarkan justeru mereka memutuskan untuk ‘mendermakan’ tulang tersebut kepada kelompok memerlukan.

 

Foto: Tangkap layar klip video terbabit.

Tidak boleh membazir makanan (sambil mengangkat tulang ayam bekas gigitannya). Kami buat keputusan menderma tulang ini kepada mereka yang memerlukan.

“Jadi kami ingin buat kerja kebajikan hari ini,” ujar lelaki yang duduk di bahagian tengah lalu mulai memasukkan tulang ayam tersebut ke dalam satu bungkusan berisi nasi.

Malah, dia juga menolak ‘pelawaan’ rakannya yang ingin memberikan kulit ayam dengan menyifatkan tulang ayam jauh lebih sedap berbanding kulit ayam.

Bungkusan nasi itu kemudiannya diberikan kepada seorang pengemis yang ditemui mereka di koridor sebuah kedai di mana lelaki yang menerima tersebut kelihatan sedikit terpinga-pinga apabila melihat isi bungkusan berkenaan.

Video itu turut memaparkan muka pengemis tersebut bersama tulisan, “Terima kasih atas makanan kalian”.

Video tular itu turut dikongsikan pendakwah dan pempengaruh, Firdaus Wong Wai Hung di media sosial beliau hari ini tanpa dinyatakan butiran lanjut bila ia disiarkan oleh pihak terbabit.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Firdaus Wong.

Rata-rata netizen di ruangan komen menyifatkan tindakan tiga lelaki terbabit sebagai biadab dan menuntut ketiga-tiga mereka dikenakan tindakan ataupun berdepan tangkapan oleh pihak berkuasa.

“Biadab, orang itu tengah lena tidur kau kacau sebab nak bagi tulang sisa kau makan. Kurang ajar gila. Geramnya aku dengan budak-budak ini,” komen Embun Pagi.

“Boleh pergi cari budak tiga ekor ini bagi dia faham erti kemanusiaan. Memang jenis perangai Yahudi dan Israel budak macam ini,” tegas Ruby Ruby pula.

Foto: Antara tangkap layar komen netizen di ruangan komen media sosial Firdaus Wong.

Sementara itu, menerusi satu klip video berbeza yang dimuat naik di Instagram aluk_77 sebentar tadi, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil memohon maaf atas tindakan mereka tersebut.

Mereka juga mendakwa adegan bersama pengemis tersebut dilakukan selepas mendapat persetujuan lelaki terbabit terlebih dahulu. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author