Terkini
Jalur Gemilang terbalik: Alasan dipasang OKU tidak boleh diterima – Peguam
- “Di kawasan perkarangan sekolah tersebut tiada pak guard ke? Guru-guru semua tak lalu situ? Semua orang dah lupa rupa Jalur Gemilang kat sekolah tu? Weh ni sekolah tau!”
- “Bawa keluar pekerja OKU tu! Aku nak tanya depan-depan. Dia pasang seorang ke? Lepas pasang dia tidak maklumkan kat sesiapa ke? Kawasan situ memang ada dia seorang ke? Macam mana lepas beberapa jam baru orang perasan? Baru aku puas hati!,” soal Mahmud Jumaat.
- Beliau juga meluahkan rasa hairan bagaimana insiden sedemikian kebiasaannya akan berlaku ketika menjelang sambutan Hari Kemerdekaan.
- Mahmud menggesa pesalah dikenakan tindakan tegas dan dijatuhkan hukuman keras sebagai pengajaran dan teladan.
KUALA LUMPUR — Seorang peguam menegaskan bahawa alasan mengatakan Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Port Dickson baru-baru ini dilakukan oleh orang kurang upaya (OKU) adalah tidak boleh diterima sama sekali.
Mahmud Jumaat berkata alasan sedemikian sebaliknya menimbulkan persoalan berkenaan bagaimana insiden tersebut boleh berlaku di kawasan sekolah tanpa disedari oleh mana-mana pihak.
“Di kawasan perkarangan sekolah tersebut tiada pak guard ke? Guru-guru semua tak lalu situ? Semua orang dah lupa rupa Jalur Gemilang kat sekolah tu? Weh ni sekolah tau!
“Bawa keluar pekerja OKU tu! Aku nak tanya depan-depan. Dia pasang seorang ke? Lepas pasang dia tidak maklumkan kat sesiapa ke? Kawasan situ memang ada dia seorang ke? Macam mana lepas beberapa jam baru orang perasan? Baru aku puas hati!,” soalnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau juga meluahkan rasa hairan bagaimana insiden sedemikian kebiasaannya akan berlaku ketika menjelang sambutan Hari Kemerdekaan.
“Apakah mereka tidak tahu sensitiviti rakyat Malaysia? Yang aku sakit hati kalau korang kalau tak tahu hormat bendera jangan salahkan OKU!,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak yang bersalah dalam isu tersebut dikenakan tindakan tegas dan dijatuhkan hukuman keras sebagai pengajaran dan teladan.
Ini kerana menurut beliau tidak semua perkara boleh terlepas dengan hanya satu permohonan maaf, apatah lagi apabila kes sedemikian kerap berulang dan biasanya berlaku ketika dekat dengan Hari Kemerdekaan.
“Bendera adalah maruah, kedaulatan dan imej negara! Kalau tidak faham dan tidak dapat menghayati itu semua, maka kita tidak layak untuk menggelar diri kita RAKYAT MALAYSIA!,” katanya.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Mahmud Jumaat.
Semalam, BERNAMA melaporkan polis telah mengenal pasti seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun yang terlibat dengan pemasangan Jalur Gemilang terbalik di sebuah sekolah jenis kebangsaan di Port Dickson pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Maslan Udin berkata lelaki tersebut akan dipanggil untuk membantu siasatan dan bendera tersebut juga diturunkan semula pada hari sama.
Maslan berkata laporan berkenaan isu tersebut dibuat seorang lelaki tempatan kelmarin dan kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (penggunaan tidak wajar) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988. — The Merdeka Times