Connect with us

Terkini

Bendera terbalik: “Berapa kali lagi mahu ulang?” Apek Cina gesa hukuman diberatkan

Published

on

Foto: Peguam, Tai Zee How
  • Peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ turut membidas alasan bahawa kesilapan itu dilakukan oleh individu OKU, dengan mempersoalkan berapa kali lagi kesilapan sama akan berulang dan sama ada golongan OKU bukan warganegara Malaysia atau tidak boleh dipantau hinggakan insiden sedemikian berlaku.
  • “Ini masalah mentaliti, fikirkan bendera itu tak apa, remeh, tidak perlu mementingkan. Itulah masalahnya,” tegasnya dalam hantaran di Instagram pada Ahad.
  • Tambah beliau, mentaliti meremehkan bendera tersebut seolah-olah ia juga meremehkan kewarganegaraan Malaysia.
  • Beliau menyeru kerajaan memperberatkan lagi hukuman terhadap individu yang menaikkan atau menggantung bendera secara tidak senonoh, termasuk bagi kesalahan yang dilakukan secara sengaja.

KUALA LUMPUR —  Seorang peguam menegaskan bahawa isu pemasangan Jalur Gemilang secara songsang atau terbalik, termasuk insiden yang didakwa disebabkan oleh kesilapan orang kurang upaya (OKU) adalah berpunca daripada mentaliti yang meremehkan kepentingan bendera tersebut.

Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ turut membidas alasan bahawa kesilapan itu dilakukan oleh individu OKU, dengan mempersoalkan berapa kali lagi kesilapan sama akan berulang dan sama ada golongan OKU bukan warganegara Malaysia atau tidak boleh dipantau sehinggakan insiden sedemikian berlaku.

“Ini masalah mentaliti, fikirkan bendera itu tak apa, remeh, tidak perlu mementingkan. Itulah masalahnya,” tegasnya dalam hantaran di Instagram pada Ahad.

Tambah beliau, mentaliti meremehkan bendera tersebut seolah-olah ia juga meremehkan kewarganegaraan Malaysia.

Sedangkan, menurutnya pada zaman darurat dulu sudah banyak darah mengalir hanya kerana ingin menegakkan bendera di medan perang.

“Berapa pusara dibina kerana Bendera Malaysia lagi penting daripada nyawa?” soalnya sambil menegaskan bahawa seorang atlet juga ketika meraih kemenangan di pentas antarabangsa akan berlari menunjukkan bendera negaranya.

Ini kerana bendera bukan sekadar sehelai kain, tetapi ia lambang kita semua dan negara ini.

Justeru, beliau menyeru kerajaan memperberatkan lagi hukuman terhadap individu yang menaikkan atau menggantung bendera secara tidak senonoh, termasuk bagi kesalahan yang dilakukan secara sengaja.

“Sepertimana Singapura mengenakan hukuman berat atas chewing gum dan vandalisme, untuk membentuk mentaliti rakyatnya,” katanya.

Foto: Tangkap layar hantaran Instagram Tai Zee How.

Terdahulu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Port Dickson dilaporkan memohon maaf secara terbuka susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang terbalik di premis sekolah berkenaan pada 1 Ogos lalu.

Dalam kenyataan bersama Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbiran sekolah, mereka meluahkan rasa kesal terhadap insiden itu yang disifatkan sebagai kecuaian tidak disengajakan.

Susulan itu juga terdapat laporan yang mengatakan bahawa pekerja yang memasang Jalur Gemilang secara terbalik itu merupakan OKU, justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa (DAP) berharap isu tersebut tidak lagi diperbesarkan.

Insiden itu kemudian disusuli satu lagi kejadian berbeza pada Sabtu lalu, apabila tular video berdurasi 21 saat memaparkan tindakan dua lelaki di sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, yang seperti sengaja memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik hingga mendapat kecaman warganet. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author