Connect with us

Terkini

Turunkan iklan vape sebelum tindakan diambil – Exco Selangor

Published

on

Foto: Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim
  • Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim, beliau akan berbincang dengan Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor  untuk tetapkan tarikh akhir tempoh yang diberikan kepada peniaga vape bagi menurunkan iklan vape tersebut.
  • “Jika selepas tempoh ini, masih terdapat pihak yang tidak mematuhi arahan, pihak berkuasa tempatan akan diarahkan untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan saman,” katanya.
  • Kos pelaksanaan penguatkuasaan penurunan papan iklan dan sebagainya mungkin akan dituntut kepada peniaga.

KUALA LUMPUR – Peniaga vape atau rokok elektronik di Selangor diberi amaran agar menurunkan iklan mempromosikan produk tersebut lebih awal sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim, beliau akan berbincang dengan Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin untuk menetapkan tarikh akhir tempoh yang diberikan kepada peniaga bagi menurunkan iklan vape tersebut.

Ng berpandangan para peniaga telah diberi masa mencukupi untuk menurunkan iklan vape selepas keputusan berhubungnya dibuat kerajaan negeri sebelum ini.

“Jika selepas tempoh ini, masih terdapat pihak yang tidak mematuhi arahan, pihak berkuasa tempatan akan diarahkan untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan saman,” katanya dipetik media tempatan pada Selasa.

Ng turut dilapor berkata kerajaan negeri memahami keadaan ekonomi dan pelbagai perniagaan berhadapan detik sukar ketika ini, justeru pihaknya memberi peluang kepada pengusaha untuk menurunkan sendiri iklan berkenaan.

Bagaimanapun, tegasnya apabila tempoh itu sudah tamat dan masih ada peniaga yang enggan mematuhi undang-undang maka tindakan akan diambil.

“Kalau ada yang degil, saman akan dikenakan dan kos pelaksanaan penguatkuasaan (penurunan papan iklan dan sebagainya) mungkin akan dituntut kepada peniaga,” katanya.

Pada Mei lalu, Selangor dilapor mengarahkan semua PBT mengambil tindakan segera menyita iklan fizikal berkaitan produk rokok elektronik atau vape di negeri tersebut.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat penyelarasan berhubung cadangan mempertimbangkan pengharaman penjualan rokok elektronik di Selangor, yang dipengerusikan Jamaliah pada 16 Mei.

Menurut Exco itu, terdapat keperluan mendesak untuk tindakan proaktif berkaitan vape di peringkat negeri, dengan mengambil kira Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 yang menganggarkan hampir 14.9 peratus remaja lelaki berumur 13 hingga 17 tahun di Malaysia adalah pengguna rokok elektronik. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author