Connect with us

Antarabangsa

Pelabuhan Eilat Israel ditutup akibat hutang, susulan serangan Houthi di Laut Merah

Published

on

Foto: Pelabuhan Eilat Israel.
  • Akhbar perniagaan Israel, The Calcalist, melaporkan bahawa pihak berkuasa perbandaran Eilat telah membekukan akaun bank pelabuhan kerana tunggakan cukai yang tidak dibayar.
  • Pendapatan pelabuhan merosot hampir 80 peratus, daripada 212 juta shekel (RM63 juta) pada 2023 kepada hanya 42 juta shekel (RM12.5 juta) pada 2024.
  • Ahli Parlimen Israel dari parti Yisrael Beiteinu, Oded Forer, menyifatkan penutupan ini sebagai “simbol penuh kemaluan” bagi kerajaan Israel yang gagal menangani ancaman terhadap laluan perdagangan ke selatan negara itu.

 

TEL AVIV — Pelabuhan Eilat, satu-satunya pelabuhan Israel di Laut Merah, akan menamatkan semua operasinya bermula Ahad ini selepas gagal menjelaskan hutang berjumlah 10 juta shekel (RM6 juta), yang berpunca daripada kejatuhan mendadak hasil pendapatan akibat serangan berterusan oleh kumpulan Houthi di Laut Merah.

Akhbar perniagaan Israel, The Calcalist, melaporkan bahawa pihak berkuasa perbandaran Eilat telah membekukan akaun bank pelabuhan kerana tunggakan cukai yang tidak dibayar.

Serangan Houthi yang menyasarkan kapal-kapal yang berkaitan dengan Israel telah menyebabkan kapal dagang mengelak laluan ke pelabuhan tersebut dan beralih ke pelabuhan lain seperti Ashdod dan Haifa.

Pihak Berkuasa Pengangkutan dan Pelabuhan Israel menyatakan bahawa pelabuhan Eilat mengalami krisis kewangan serius akibat konflik semasa.

Pendapatan pelabuhan merosot hampir 80 peratus, daripada 212 juta shekel (USD63 juta) pada 2023 kepada hanya 42 juta shekel (USD12.5 juta) pada 2024.

Menurut laporan, penutupan pelabuhan itu dilihat sebagai kemenangan simbolik bagi kumpulan Houthi dan tamparan hebat terhadap ekonomi Israel.

Houthi yang juga dikenali sebagai Ansar Allah, mula menyerang kapal berkaitan Israel sebagai protes terhadap perang kejam Israel di Gaza yang telah meragut lebih 58,000 nyawa rakyat Palestin, majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Ahli Parlimen Israel dari parti Yisrael Beiteinu, Oded Forer, menyifatkan penutupan ini sebagai “simbol penuh kemaluan” bagi kerajaan Israel yang gagal menangani ancaman terhadap laluan perdagangan ke selatan negara itu.

Beliau menegaskan bahawa amaran telah lama diberikan, namun kerajaan tidak bertindak tegas untuk menyelamatkan pelabuhan tersebut.

Meskipun kerajaan meluluskan bantuan kecemasan sebanyak 15 juta shekel bulan lalu, pegawai pelabuhan mendakwa ia tidak mencukupi dan menyifatkan mereka dibiarkan terkapai-kapai.

Jumlah pekerja juga menyusut drastik, daripada 113 kepada hanya 47 orang, dengan ramai yang kini tidak menerima gaji mahupun faedah pengangguran.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author