Connect with us

Terkini

Kerajaan beri pertimbangan sewajarnya pencalonan Nick Adams – PM Anwar

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Calon Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia yang baru, Nick Adams (kanan).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelantikan itu perlu melalui proses sewajarnya dan masih terlalu awal untuk mengulas mengenainya.
  • Anwar berkata pertimbangan akan turut mengambil kira hubungan baik antara kedua-dua negara.

PUTRAJAYA — Kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya berhubung pencalonan pengulas dan penulis konservatif Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat yang baharu ke Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pelantikan itu perlu melalui proses sewajarnya dan masih terlalu awal untuk mengulas mengenainya.

Anwar berkata pertimbangan akan turut mengambil kira hubungan baik antara kedua-dua negara.

“Kerajaan tentunya akan memberikan pertimbangan, dan dalam keadaan yang sama, menjaga hubungan yang baik dengan di antara Malaysia dan Amerika,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surai Istiqlal di sini hari ini.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Presiden Amerika Donald Trump mencalonkan Adams, seorang pengulas politik konservatif kelahiran Australia yang kini warganegara AS sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia.

Senat AS masih belum mengesahkan pelantikan Adams buat ketika ini.– BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author