Connect with us

Terkini

Naim Daniel mengaku tidak bersalah tuduhan amang seksual remaja

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel
  • Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin M Kundasamy dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.
  • Mengikut pertuduhan, penyanyi itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berumur 17 tahun 7 bulan bagi tujuan seksual pada 19 Mei lalu pada jam kira-kira 8.56 malam di Ukiyo Hotel di Petaling Jaya, Selangor.
  • Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

KUALA LUMPUR — Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan 17 tahun di sebuah hotel pada Mei lalu.

Naim atau nama penuhnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin M Kundasamy dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.

Mengikut pertuduhan, penyanyi itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berumur 17 tahun 7 bulan bagi tujuan seksual pada 19 Mei lalu pada jam kira-kira 8.56 malam di Ukiyo Hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin, manakala Naim diwakili peguam Datuk Amirul Ridzuan dan Mohd Irwan Sumadi, lapor media tempatan.

Ketika ditemui di perkarangan mahkamah, Amirul berkata mahkamah membenarkan Naim diikat jamin RM12,000 dengan syarat tambahan pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Hakim turut menetapkan 18 Ogos untuk sebutan semula kes. — The Merdeka Times

Author