Connect with us

Terkini

MCMC pantau jualan produk vape dalam talian – Fahmi

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil
  • Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, isu penjualan dan penggunaan vape yang kini semakin dikawal ketat oleh beberapa negeri telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
  • Mengulas mengenai cadangan pengharaman sepenuhnya penjualan vape di seluruh negara, Fahmi menjelaskan bahawa perkara itu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.
  • “Hal ini perlu dirujuk kepada Kementerian Kesihatan. Namun, Kementerian Komunikasi sedang memantau aktiviti penjualan rokok elektronik melalui media sosial menerusi MCMC,” katanya.

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memantau penjualan produk vape secara dalam talian, khususnya di platform media sosial seperti Facebook dan WhatsApp, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, isu penjualan dan penggunaan vape yang kini semakin dikawal ketat oleh beberapa negeri telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Perkara ini akan dikaji oleh Menteri Kesihatan. Saya juga akan mengarahkan MCMC untuk meneliti penjualan produk ini secara dalam talian.

“Kita telah mengenal pasti banyak produk seumpama ini dijual di Facebook dan WhatsApp,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet mingguan.

Mengulas mengenai cadangan pengharaman sepenuhnya penjualan vape di seluruh negara, Fahmi menjelaskan bahawa perkara itu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

“Hal ini perlu dirujuk kepada Kementerian Kesihatan. Namun, Kementerian Komunikasi sedang memantau aktiviti penjualan rokok elektronik melalui media sosial menerusi MCMC,” katanya.

Tambah beliau, MCMC dijangka menyediakan satu laporan berhubung perkara ini, yang seterusnya akan dibentangkan oleh Kementerian Komunikasi kepada Jemaah Menteri untuk perbincangan lanjut. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author