Connect with us

Antarabangsa

Iran enggan tunduk desakan Barat, serang balas terbaru lebih 100 peluru berpandu

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei
  • Letupan kuat menggegarkan Tel Aviv sebelum Subuh dan asap hitam tebal kelihatan menyelubungi bandar itu, menandakan hari keempat peperangan terbuka antara Iran dan negara haram, Israel.
  • Sekurang-kurangnya 4 terbunuh dan hampir 70 orang cedera.
  • Iran melepaskan sekurang-kurangnya 100 peluru berpandu ke arah Israel, menunjukkan Iran tidak berhasrat untuk akur kepada desakan Barat supaya meredakan ketegangan.

TEL AVIV — Iran melancarkan satu lagi gelombang serangan peluru berpandu ke atas negara haram Israel awal pagi Isnin,  mengenai sasaran di kawasan utara dan tengah Israel, menyebabkan sekurang-kurangnya 4 terbunuh dan hampir 70 orang cedera.

Letupan kuat menggegarkan Tel Aviv sebelum subuh dan asap hitam tebal kelihatan menyelubungi bandar itu, menandakan hari keempat peperangan terbuka antara dua negara serantau ini, lapor Associated Press.

Pihak berkuasa di bandar Petah Tikva di tengah Israel, berhampiran Tel Aviv, berkata peluru berpandu Iran telah mengenai sebuah bangunan kediaman, menyebabkan beberapa buah apartmen rosak teruk.

Tiada maklumat serta-merta mengenai jumlah mangsa dalam serangan tersebut sementara pasukan penyelamat masih mencari mangsa di bawah runtuhan.

Perkhidmatan kecemasan Israel berkata mereka sedang merawat 67 orang yang cedera dan telah dipindahkan dari empat lokasi berbeza yang terkena serangan peluru berpandu. 

Televisyen Iran melaporkan negara itu telah melepaskan sekurang-kurangnya 100 peluru berpandu ke arah Israel, menunjukkan bahawa Iran tidak berhasrat untuk akur kepada desakan antarabangsa supaya meredakan ketegangan.

Sebaliknya, Iran meneruskan tindakan balas terhadap serangan mengejut Israel pada hari Jumaat ke atas program nuklear dan kepimpinan ketenteraan Tehran yang sedang berkembang pesat.

Serangan terbaharu ini berlaku selepas hujung minggu yang menyaksikan peningkatan serangan balas antara Israel dan Iran, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap tercetusnya peperangan serantau yang lebih luas dan berbahaya.

Pada Ahad, Iran berkata Israel telah menyerang kilang penapisan minyak, membunuh ketua perisikan Pengawal Revolusi dan menyerang kawasan berpenduduk dalam serangan udara besar-besaran yang meningkatkan jumlah kematian akibat kempen Israel kepada 224 orang. 

Pihak berkuasa kesihatan turut melaporkan seramai 1,277 orang cedera.

Israel pula berkata bahawa Iran telah melepaskan lebih 270 peluru berpandu sejak Jumaat, 22 daripadanya berjaya melepasi sistem pertahanan pelbagai lapis negara itu dan menyebabkan kerosakan besar di kawasan pinggir bandar, membunuh 14 orang dan mencederakan 390 orang setakat lewat Ahad. – The Merdeka Times

Author