Connect with us

Terkini

Fail rayuan bukan asas tangguh prosiding kes saman Yusoff Rawther – Peguam

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Peguam, Mohd Zainuddin Omar berkata bagi permohonan penggantungan prosiding, pihak pemohon perlu menunjukkan wujudnya satu keadaan khas (special circumstances) yang mewajarkan prosiding tersebut digantung.
  • “PMX rayu terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan (beliau) untuk rujuk ke FC (Mahkamah Persekutuan).
  • “Rayuan semata-mata bukanlah asas untuk penggantungan prosiding atau istilah mudahnya, bukan alasan untuk minta tangguh kes,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini

 

KUALA LUMPUR — Susulan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan, seorang peguam berpandangan bahawa tindakan tersebut bukan asas untuk menggantungkan prosiding saman sivil difailkan bekas pembantu penyelidik Anwar, Muhammed Yusoff Rawther.

Dalam saman itu, Muhammed Yusoff mendakwa dia telah diserang secara seksual oleh Anwar pada Oktober 2018 — sebelum beliau menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Mohd Zainuddin Omar berkata bagi permohonan penggantungan prosiding, pihak pemohon perlu menunjukkan wujudnya satu keadaan khas (special circumstances) yang mewajarkan prosiding tersebut digantung.

“PMX rayu terhadap keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan (beliau) untuk rujuk ke FC (Mahkamah Persekutuan).

“Rayuan semata-mata bukanlah asas untuk penggantungan prosiding atau istilah mudahnya, bukan alasan untuk minta tangguh kes,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini

Terbaharu, media melaporkan Anwar telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan beliau untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, termasuk sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Menurut notis rayuan itu, Anwar tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan yang diberi Hakim Mahkamah Tinggi, Roz Mawar Rozain semalam, dan merayu terhadap keseluruhan keputusan itu yang telah menolak permohonan beliau dengan kos sebanyak RM20,000.

Semalam sejurus keputusan mahkamah tersebut, Anwar dilapor akan memfailkan sijil perakuan segera kepada Mahkamah Rayuan supaya rayuannya berhubung rujukan persoalan undang-undang yang akan difailkan petang itu juga, didengar secepat mungkin.

Peguam Anwar, Datuk Seri K Raja Segaran berkata pihaknya akan memfailkan rayuan mengikut Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Raja Segaran berkata pihaknya juga akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes saman difailkan Muhammed Yusoff  berhubung satu dakwaan berkaitan insiden sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Katanya, penangguhan prosiding perbicaraan itu bagi memelihara integriti proses rayuan dan memastikan Anwar (defendan) tidak terdedah kepada prosiding yang mungkin akhirnya didapati tidak dibenarkan oleh Perlembagaan.  — The Merdeka Times

 

Author