Terkini
Demi nafsu, Suami rela kongsi isteri – Aktiviti ‘group swinger’ terbongkar

- Sebuah grup Facebook didakwa menjadi platform buat kelompok lelaki atau suami mencari pasangan lain bagi melakukan hubungan seks, termasuk dengan isteri orang atau bertukar pasangan.
- Ia juga digelar sebagai ‘Group Swinger’ atau kegiatan bertukar-tukar pasangan bagi melakukan hubungan seks bebas yang kini mempunyai lebih 11,500 pengikut di Facebook, dengan kebanyakannya didakwa melibatkan kelompok kaum Melayu.
- Tinjauan The Merdeka Times mendapati grup itu dipenuhi hantaran dan komentar berbaur lucah dan memualkan di mana boleh dikatakan setiap kali ada hantaran yang bertanyakan sama ada terdapat pihak yang ingin ‘berkongsi’ isteri, ruangan komen pasti akan dibanjiri individu yang berminat untuk melakukannya.
- Apa yang lebih menyedihkan terdapat juga suami yang sanggup ‘menawarkan’ isterinya begitu sahaja di ruangan komen bagi mengadakan hubungan seks dan ada juga yang menawarkan ‘servis’ berbayar serta minta gambar isteri orang lain.
KUALA LUMPUR — Baharu saja sebuah akaun Facebook yang memuat naik gambar kanak-kanak untuk tujuan tidak senonoh hilang selepas dilaporkan, kini timbul pula sebuah grup Facebook yang didakwa menjadi platform buat kelompok lelaki atau suami mencari pasangan lain bagi melakukan hubungan seks, termasuk dengan isteri orang atau bertukar pasangan.
Ia juga digelar sebagai ‘Group Swinger’ atau kegiatan bertukar-tukar pasangan bagi melakukan hubungan seks bebas yang kini mempunyai lebih 11,500 pengikut di Facebook, dengan kebanyakannya didakwa melibatkan kelompok kaum Melayu.
Malangnya, ini bukanlah kali pertama kewujudan grup seumpama itu diketengahkan kepada pengetahuan umum dan kali ini ia didedahkan oleh pendakwah dan pempengaruh, Firdaus Wong Wai Hung yang meluahkan rasa jijik menerusi hantaran di Facebook hari ini, selepas menerima aduan seorang individu pada tengah malam tadi dalam usaha supaya grup terbabit ditutup.

Foto: Tangkap layar hantaran ditulis di grup Facebook terbabit.
Tinjauan The Merdeka Times mendapati grup itu dipenuhi hantaran dan komentar berbaur lucah dan memualkan di mana boleh dikatakan setiap kali ada hantaran yang bertanyakan sama ada terdapat pihak yang ingin ‘berkongsi’ isteri, ruangan komen pasti akan dibanjiri individu yang berminat untuk melakukannya.
Apa yang lebih menyedihkan terdapat juga suami yang sanggup ‘menawarkan’ isterinya begitu sahaja di ruangan komen bagi mengadakan hubungan seks dan ada juga yang menawarkan ‘servis’ berbayar serta meminta gambar isteri orang lain.

Foto: Tangkap layar komen ahli grup Facebook tersebut.
Selain itu, ada juga suami menyatakan hasrat ingin ‘mengheret’ isterinya dalam kegiatan itu untuk memenuhi fantasi berhubungan seks secara bertiga iaitu dengan dua lelaki dan satu wanita (threesome MMF).
Lelaki itu bagaimanapun, katanya belum berupaya memberitahu isterinya, justeru dia meminta pendapat pengguna Facebook lain yang menyaksikan di ruangan komen terdapat lelaki lain berkongsi nasib sama serta ada yang meninggalkan komen ingin mengajar lelaki terbabit bagaimana cara membuatkan si isteri terjebak kegiatan berkenaan.
Ada juga lelaki yang meminta lelaki terbabit ‘direct message (DM)’ dia supaya mereka boleh berbincang strategi bagi mempengaruhi fikiran si isteri lelaki tersebut secara perlahan-lahan, sebelum masuk jarum untuk mengajak melakukan hubungan seks bertiga.

Foto: Gambar tangkap layar hantaran Facebook berkait kumpulan itu yang dikongsikan Firdaus.
Malah, dalam hantaran berbeza ada yang membuat undian untuk mengetahui pilihan pasangan pengikut grup itu jika ingin melakukan hubungan seks iaitu antara disenaraikan dan mempunyai undian tertinggi adalah MILF 40-an ke atas yang difahamkan ia singkatan kepada “Mom I’d Like to F*** (berhubungan dengan wanita lebih berusia yang menarik secara seksual).
Ia diikuti undian untuk membuat hubungan seks dengan isteri kawan, kawan pejabat isteri orang, kawan pejabat masih anak dara, kakak atau adik ipar dan kelompok lain.

Foto: Gambar tangkap layar hantaran Facebook berkait kumpulan itu yang dikongsikan Firdaus.
Hantaran itu ditulis kebanyakan menggunakan nama panggilan atau ‘Anonymous’.
Susulan itu, Firdaus Wong mengingatkan kepada kelompok isteri supaya tidak sesekali termakan pujuk rayu si suami yang ingin melihat si isteri ‘bersama’ lelaki lain kononnya atas dasar membuktikan cinta dan sayang mereka kepada si suami yang dilabelnya sebagai dayus.
Tegasnya, di dalam Islam, taat kepada suami itu kewajipan tetapi tiada ketaatan kepada makhluk dalam kemaksiatan kepada Allah, serta hanya lelaki yang dayus sahaja sanggup mengizinkan isteri dan memperlakukan isteri mereka sedemikian rupa. — The Merdeka Times
