Connect with us

Terkini

(VIDEO) Pelobi industri vape, ‘ulat politik’ punca rakyat gagal dilindungi

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda AMANAH Perlis, Dr Ahmad Fadhzil Mohamad

KUALA LUMPUR — Pengaruh kuat industri vape dan ‘ulat politik’ didakwa menyebabkan proses membentuk dasar awam menjadi berat sebelah atau terlalu berhati-hati, sehingga gagal melindungi rakyat, khususnya dari segi kesihatan awam.

Ketua Pemuda AMANAH Perlis, Dr Ahmad Fadhzil Mohamad berkata tekanan politik dan pelobi industri dijangka akan terus wujud selama-lamanya, memandangkan sehingga kini rokok dan alkohol masih kekal di pasaran – sesuatu yang menurut beliau tidak mungkin berlaku tanpa kewujudan pelobi tegar dan ‘ulat politik’ yang disifatkannya sebagai tidak berguna.

Beliau berkata situasi itu juga boleh dilihat apabila beberapa siri penggubalan undang-undang berkaitan vape telah ditangguhkan sebelum ini, malah ada pihak yang menyuarakan bantahan dan mengubahnya walaupun selepas konsultasi awam diadakan dengan penjelasan panjang lebar.

“Sebahagian (situasi ini) dipercayai kerana tekanan pihak industri, pemain-pemain industri yang melihat ini sekali gus kacau periuk nasi mereka.

“Terdapat juga pemimpin-pemimpin politik tertentu yang secara terbuka menyokong pendekatan ataupun kawalan longgar atas nama ekonomi dan kita sendiri melihat berapa ramai tokoh-tokoh politik kita yang ber-vape even kena tangkap dalam kamera di Parlimen.

Jadi ini dua perkara yang kita kena be more realistik memang dua ini perosak negara satu yang melobi membawa kepada sesuatu bisnes yang tiada manfaat tapi lebih kepada menghiburkan.

“Nombor dua adalah ‘ulat politik’ yang meluluskan sesuatu tanpa memikirkan mudarat kepada rakyat jadi ini pasti dan pasti akan berlaku dan sentiasa hingga ke akhir kiamat pun akan berlaku,” katanya sambil menambah bahawa suara industri itu sememangnya jauh lebih kuat berbanding suara kesihatan awam.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel di episod terbaru program Analisis Bersama Finaz Yunus bertajuk, “Mengapa sukar untuk Malaysia sekat penjualan vape?”.

Program terbitan Studio Merdeka itu yang bersiaran di YouTube The Merdeka Times turut menampilkan Profesor Mohamad Haniki Nik Mohamed dari Jabatan Amalan Farmasi, Kuliyyah Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). — The Merdeka Times

 

 

Author