Connect with us

Antarabangsa

PM Sepanyol gelar Israel negara genosid

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez
  • Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, telah menggelar Israel sebagai “negara genosid (pembunuh beramai-ramai)” ketika berucap di parlimen Sepanyol pada Rabu, dengan menyatakan bahawa Madrid “tidak menjalinkan urusan perniagaan” dengan negara sedemikian.

  • Kenyataan tersebut telah mencetuskan kemarahan di pihak Israel, dan Kementerian Luar Israel telah memanggil duta Sepanyol ke Israel untuk diberi teguran.

  • “Berikutan kenyataan keras yang dibuat oleh Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez, duta Sepanyol ke Israel telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat teguran di Kementerian Luar di Baitulmaqdis esok,” menurut kenyataan Kementerian Luar Israel yang dilapor Times of Israel.

  • Laporan media Sepanyol melaporkan ini kali pertama Sanchez menggelarkan Israel sebagai pembunuh beramai-ramai atau genosid, satu istilah yang merujuk kepada negara Yahudi tersebut atas tindakannya semasa perang di Gaza.

MADRID – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, telah menggelar Israel sebagai “negara genosid (pembunuh beramai-ramai)” ketika berucap di parlimen Sepanyol pada Rabu, dengan menyatakan bahawa Madrid “tidak menjalinkan urusan perniagaan” dengan negara sedemikian.

Kenyataan tersebut telah mencetuskan kemarahan di pihak Israel, dan Kementerian Luar Israel telah memanggil duta Sepanyol ke Israel untuk diberi teguran.

“Berikutan kenyataan keras yang dibuat oleh Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez, duta Sepanyol ke Israel telah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat teguran di Kementerian Luar di Baitulmaqdis esok,” menurut kenyataan Kementerian Luar Israel yang dilapor Times of Israel.

Laporan media Sepanyol melaporkan ini merupakan kali pertama Sanchez menggelarkan Israel sebagai pembunuh beramai-ramai atau genosid, satu istilah yang merujuk kepada negara Yahudi tersebut atas tindakannya semasa perang di Gaza.

Sepanyol telah lama menjadi pengkritik dasar-dasar Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, dan telah membangkitkan kemarahan Zionis apabila mengiktiraf negara Palestin pada bulan Mei lalu, seiring dengan Norway dan Ireland.

Kerajaan Sanchez baru-baru ini telah membatalkan kontrak pembelian peluru untuk pasukan polisnya daripada sebuah syarikat Israel, setelah tunduk kepada tekanan daripada rakan gabungan parti kiri radikal, Sumar, yang mengancam untuk menarik sokongan terhadap kerajaan.

Kerajaan Sanchez telah berjanji untuk menghentikan penjualan senjata kepada Israel tidak lama selepas insiden 7 Oktober 2023.

Tahun lalu, kerajaan Sepanyol telah memperluaskan komitmen itu dengan turut menghentikan pembelian senjata dari Israel. – The Merdeka Times

 

Author