Antarabangsa
Israel gagalkan gencatan senjata dipersetujui Hamas, AS
- Negara haram Israel menolak cadangan itu walaupun persefahaman tersebut telah disampaikan kepada Hamas melalui perantara Palestin-Amerika, Bishara Bahbah, dengan kerjasama utusan AS, Steve Witkoff.
- Namun, tidak lama selepas itu, Witkoff pula secara terbuka menuduh Hamas memutarbelitkan cadangan tersebut—yang secara langsung bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh sumber kepada Drop Site mengenai perbincangan tertutup yang telah dipersetujui.
- Menurut portal itu yang telah diberikan akses kepada teks penuh dokumen yang menggariskan syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh Hamas.
GAZA – Tidak sampai semalaman Hamas dan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mencapai satu persefahaman secara lisan mengenai rangka kerja gencatan senjata di Gaza, Israel dengan segera tampil menggagalkannya, sebelum perjanjian itu dapat diteruskan.
Zionis menolak cadangan itu walaupun persefahaman tersebut telah disampaikan kepada Hamas melalui perantara Palestin-Amerika, Bishara Bahbah, dengan kerjasama wakil perutusan AS, Steve Witkoff.
Namun, tidak lama selepas itu, Witkoff pula secara terbuka menuduh Hamas memutarbelitkan cadangan tersebut—yang secara langsung bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh sumber kepada Drop Site mengenai perbincangan tertutup yang telah dipersetujui.
Menurut portal itu yang telah diberikan akses kepada teks penuh dokumen yang menggariskan syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh Hamas.
Hamas menerima syarat dalam dokumen tersebut dan dimaklumkan bahawa AS percaya rangka kerja itu boleh dilaksanakan—dengan syarat mendapat kelulusan daripada Israel.
Seorang sumber kanan Hamas memberitahu: “Kami telah menerima cadangan Witkoff, gencatan senjata sementara selama 60 hari untuk pembebasan 10 tahanan Israel yang masih hidup (5 pada permulaan dan 5 pada penghujung), dan Presiden Trump sendiri akan mengumumkan perjanjian ini.”
Hamas pada asalnya mencadangkan gencatan senjata selama 90 hari, kemudian bersetuju untuk memendekkan kepada 70 hari selari dengan kehendak AS.
Oleh kerana Israel mahukan tempoh yang lebih pendek, Hamas kemudiannya memberitahu bahawa mereka telah bersetuju kepada gencatan senjata selama 60 hari sebagai permulaan.
Menurut sumber, Qatar telah memberi tekanan kepada Trump untuk mendapatkan persetujuan ini.
Menurut sumber juga, Trump telah memberitahu pemimpin serantau bahawa beliau memberi Israel masa dua bulan untuk mencapai objektifnya selepas Israel meninggalkan perjanjian gencatan senjata pada Januari, dan sekarang adalah masanya untuk menamatkan perang. – The Merdeka Times