Politik
Gaji wakil rakyat terlalu rendah, RM16,000 hanya untuk tampung keperluan keluarga – Ahli Parlimen PKR

- Ahli Parlimen Subang dari PKR, Wong Chen menggesa kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji wakil rakyat dengan alasan langkah itu penting bagi memastikan pelaksanaan tugas berjalan lebih cekap dan berkesan.
- Wong berkata gaji bulanannya sebanyak RM16,000 hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan keluarganya.
- “Mereka fikir kita hanya jaga anak dan pasangan? Sebenarnya kita juga kena tanggung semua orang di pejabat kita.
- “Kerja politik ini luar biasa. Selagi belum jadi ahli politik, orang tidak akan faham berapa banyak kos yang terlibat… banyak elaun itu bukan gaji,” katanya dipetik Malaysiakini semalam.
- Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Mac lalu menjelaskan seorang Ahli Parlimen layak menerima elaun tetap RM25,700 sebulan, selain elaun dan tuntutan lain ditetapkan mengikut kelayakan.
KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Subang dari PKR, Wong Chen menggesa kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji wakil rakyat dengan alasan langkah itu penting bagi memastikan pelaksanaan tugas berjalan lebih cekap dan berkesan.
Wong berkata gaji Ahli Parlimen ketika ini dianggap terlalu rendah, sedangkan mereka bukan sahaja perlu menyara keluarga, tetapi juga pegawai dan kakitangan di pejabat mereka.
“Mereka fikir kita hanya jaga anak dan pasangan? Sebenarnya kita juga kena tanggung semua orang di pejabat kita.
“Kerja politik ini luar biasa. Selagi belum jadi ahli politik, orang tidak akan faham berapa banyak kos yang terlibat… banyak elaun itu bukan gaji,” katanya dipetik Malaysiakini semalam.
Wong turut dilapor berkata gaji bulanannya sebanyak RM16,000 hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan keluarganya, apatah lagi untuk membiayai kegiatan politik atau program parti.
“Kami sebenarnya dibayar rendah berbanding apa yang perlu kami tanggung, terutama menggaji staf dan pengurusan kawasan Parlimen,” katanya sambil mencadangkan Malaysia mencontohi Singapura dalam pemberian gaji lebih tinggi kepada wakil rakyat.
Ahli Parlimen Subang itu juga mencadangkan pendekatan memberi ‘carrot and stick’ (ganjaran dan hukuman) dalam menggubal dasar untuk memastikan integriti serta keberkesanan pelaksanaan tugas Ahli Parlimen.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Mac lalu menjelaskan seorang Ahli Parlimen layak menerima elaun tetap sebanyak RM25,700 sebulan, selain elaun dan tuntutan lain yang ditetapkan mengikut kelayakan.
Penjelasan itu dinyatakan susulan dakwaan sesetengah pihak, khususnya Ahli Parlimen sendiri yang mendakwa pendapatan mereka terlalu rendah sehingga terpaksa berhutang untuk menampung kehidupan seharian.
Menurut kenyataan PMO itu, berikut adalah butiran elaun dan tuntutan rasmi yang boleh diperoleh:
