Connect with us

Terkini

Anak bekas Presiden PAS, Fauwaz Fadzil dilantik Mufti Wilayah Persekutuan baharu

Published

on

Foto: Pendakwah Ahmad Fauwaz Fadzil
  • Ia berkuasa kuasa mulai 23 Mei lalu.
  • Perkara itu dikongsikan Facebook JAKIM hari ini.
  • Ia sekali gus menyaksikan Fauwaz menggantikan Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah yang sebelum ini mengisi jawatan tersebut.

KUALA LUMPUR — Pendakwah Ahmad Fauwaz Fadzil dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu berkuat kuasa pada Jumaat lalu.

Perkara itu dikongsikan Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini yang mengucapkan tahniah kepada Fauwaz, sekali gus menyaksikan beliau menggantikan Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah yang sebelum ini mengisi jawatan tersebut.

Berita itu turut dikongsikan Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebentar tadi.

“Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz bin Fadzil atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan berkuat kuasa mulai 23 Mei 2025.

“Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan dan mengurniakan kekuatan dalam memikul amanah besar ini demi kemaslahatan ummah dan negara,” kata Facebook JAKIM hari ini.

Fauwaz yang juga anak kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Mohd Noor pada tahun lalu telah dilantik oleh kerajaan untuk mengetuai jawatankuasa khas bagi menyediakan sukatan pelajaran pemulihan akidah mangsa dan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH). — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author