Connect with us

Terkini

Terengganu larang penjualan vape Ogos ini

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan
  • Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata penguatkuasaan tersebut merupakan langkah proaktif kerajaan dalam membendung penjualan dan penggunaan produk vape yang memberi kesan negatif terhadap kesihatan rakyat terutama generasi muda.
  • “Antara keputusan yang dipersetujui ialah kerajaan negeri mengekalkan dasar sedia ada dengan tidak meluluskan lesen perniagaan kepada mana-mana premis yang menjual produk vape selaras dengan undang-undang kecil yang berkuat kuasa di semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) Terengganu.
  • “Syarat lesen perniagaan pula akan diperkemas bagi memastikan larangan penjualan vape dapat dikuatkuasakan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan malam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Exco Negeri pada Khamis.

Beliau berkata penguatkuasaan tersebut merupakan langkah proaktif kerajaan dalam membendung penjualan dan penggunaan produk vape yang memberi kesan negatif terhadap kesihatan rakyat terutama generasi muda.

“Antara keputusan yang dipersetujui ialah kerajaan negeri mengekalkan dasar sedia ada dengan tidak meluluskan lesen perniagaan kepada mana-mana premis yang menjual produk vape selaras dengan undang-undang kecil yang berkuat kuasa di semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) Terengganu.

“Syarat lesen perniagaan pula akan diperkemas bagi memastikan larangan penjualan vape dapat dikuatkuasakan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan malam semalam.

Wan Sukairi berkata mana-mana pengusaha vape yang masih menjalankan aktiviti perniagaan selepas tempoh larangan dikuatkuasakan akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang kecil yang digubal di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu hukuman kompaun, sita dan pendakwaan di mahkamah.

Bagi menunjukkan komitmen dan ketegasan, kerajaan negeri juga memutuskan untuk tidak menerima sebarang bentuk tajaan daripada mana-mana syarikat pengeluar atau pengedar vape bagi apa jua penganjuran acara melibatkan kerajaan negeri.

“Tempoh lanjutan selama tiga bulan dari 1 Mei hingga 31 Julai 2025 akan diberikan sebelum aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Ogos termasuk melibatkan papan iklan berkaitan perniagaan vape.

“Bagi menjaga kebajikan pengusaha vape yang terjejas, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan menawarkan penyertaan dalam kursus keusahawanan serta peluang perniagaan dalam sektor yang lebih mampan dan selamat,” katanya. — BERNAMA

Author