Connect with us

Terkini

(VIDEO) Pakaian umpama ‘kembali ke zaman jahiliah’, Netizen kritik video raya papar penyanyi berkemban

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Antara tangkap layar babak klip video lagu raya terbabit yang disiarkan di Youtube berserta komen netizen di Thread.
  • Klip video lagu raya terbaru penyanyi Mimifly atau Shamimi Amalina Norhisham bertajuk, ‘Serumpun’ memaparkan penyanyi itu seakan berkemban dikritik netizen Muslim yang berpandangan pakaian itu jelas bertentangan nilai Islam dan budaya Melayu sebenar.
  • Tinjauan The Merdeka Times di Thread mendapati netizen menegaskan bahawa alasan pertama kita mempunyai perayaan Aidilfitri adalah kerana agama Islam, justeru pakaian digunakan perlu mencerminkan Islam iaitu lengkap menutup aurat, tambahan lagi hari raya adalah hari kemenangan buat umat Islam melawan hawa nafsu.
  • Ada netizen tidak menafikan lagu raya diketengahkan Mimifly sememangnya sedap didengari, namun pakaian digunakan umpama kembali ke zaman jahiliah malah tarian memaparkan banyak tangan juga seakan di’import’ daripada agama lain.
  • This music video should be banned (Video muzik ini patut diharamkan),” komen norsyalizatalha.

KUALA LUMPUR — Klip video lagu raya terbaru penyanyi Mimifly atau Shamimi Amalina Norhisham bertajuk, ‘Serumpun’ memaparkan penyanyi itu seakan berkemban dikritik netizen Muslim yang berpandangan pakaian itu jelas bertentangan nilai Islam dan budaya Melayu sebenar.

Tinjauan The Merdeka Times di Thread mendapati netizen menegaskan bahawa alasan pertama kita mempunyai perayaan Aidilfitri adalah kerana agama Islam, justeru pakaian digunakan perlu mencerminkan Islam iaitu lengkap menutup aurat, tambahan lagi hari raya adalah hari kemenangan buat umat Islam melawan hawa nafsu.

Foto: Tangkap layar komen netizen di ciapan Thread tngkuaisyh.

Ada netizen tidak menafikan lagu raya diketengahkan Mimifly sememangnya sedap didengari, namun pakaian digunakan umpama kembali ke zaman jahiliah malah tarian memaparkan banyak tangan juga seakan di’import’ daripada agama lain.

Foto: Tangkap layar komen netizen di ciapan Thread tngkuaisyh.

Pengguna Thread, tngkuaisyh berkata budaya Melayu itu sendiri mengutamakan kesopanan (modesty), tetapi ada juga individu menghasilkan klip video lagu raya dengan pakaian berkemban kononnya ingin mengangkat budaya Melayu, sedangkan pakaian digunakan jelas bertentangan nilai Islam dan budaya Melayu sebenar.

Foto: Tangkap layar hantaran Thread tngkuaisyh.

Ciapan tngkuaisyh itu menimbulkan perdebatan di antara netizen dengan ada yang menyokong dan ada juga mengkritiknya semula serta menyifatkan tngkuaisyh sebagai ‘joykiller’.

Bagaimanapun, rata-rata dilihat bersetuju dengan kritikan itu dan menyifatkan pakaian tersebut tidak sesuai dengan perayaan agama Islam dan kontradiksi serta tidak memahami mesej cuba disampaikan kepada masyarakat menerusi video tersebut.

Malah, tindakan segelintir netizen menyokong pakaian Mimifly dilihat memberi gambaran sesuatu yang buruk akan berlaku pada masa akan datang kerana semakin ramai yang akan menormalisasikan perkara sebegitu.

Foto: Tangkap layar komen netizen di ciapan Thread tngkuaisyh.

tngkuaisyh bukan satu-satunya individu dilihat membangkitkan perkara itu, pengguna Thread lain, sharqie_ turut dilihat mengkritik perkara sama malah mendakwa dia telah meninggalkan komen di sumber asal video tersebut disiarkan.

Foto: Tangkap layar komen sharqie_ yang ditinggalkan di Youtube klip video lagu raya terbabit.

sharqie_berkata dia tidak boleh duduk diam tanpa menegur perkara itu malah membidas kenyataan segelintir pihak yang menyifatkan pakaian dikenakan Mimifly adalah pakaian Jawa, dengan menegaskan pakaian tersebut tidak ubah umpama pakaian masyarakat zaman dahulu untuk buat mandi dan bukan untuk beraya.

Foto: Tangkap layar ciapan sharqie_ di Thread.

Seorang netizen dilihat meninggalkan komen di ciapan sharqie_ dengan mengatakan bahawa dia sebagai seorang Jawa juga segan melihat pakaian digunakan Mimifly.

“Saya orang jawa pun segan nengok nya.. Huhuhu kalau pakai macam tu confirm kena libas dengan arwah ibu.. Hehe pakai macam tu, jangan harap suami bagi keluar rumah😂,” kata elynariz92.

Foto: Tangkap layar komen netizen di Thread sharqie_.

This music video should be banned (Video muzik ini patut diharamkan),” komen norsyalizatalha.

Cancellah!,” komen mahmudsitizuraidah.

“Terlalu mundur sangat sampai nak berkemban macam tu,” komen hafizahharuno.

“Boikot je. Pakat-pakat viral dengan boikot. 😴😴😴,” kata faridahnurizzah. — The Merdeka Times

Author