Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Anak kecil di Uganda kongsi sumber air parit dengan anjing & lembu

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Aktivis kemanusiaan, Naemah Rafiqul Islam

KUALA LUMPUR — Seorang aktivis kemanusiaan mendedahkan situasi meruntun hati berkenaan anak-anak di Uganda yang terpaksa berkongsi sumber air parit dengan anjing dan lembu.

Menurut Naemah Rafiqul Islam yang baru pulang dari misi kemanusiaan di negara dikenali sebagai “Mutiara Afrika itu, beliau tidak menyangka di tahun 2025 ini masih ada lagi masyarakat yang mengambil air dalam parit berlecak dan kotor.

Katanya, dalam keadaan air parit berlecak dan kotor itu anak-anak Uganda ini jadikan ia sebagai air minuman, mandian dan mengambil wuduk.

Area yang Naimah pergi ni bukanlah area terlalu daif… Area yang okey ada orang jaga, which is ada satu hand pump yang diwakafkan sebelum ni oleh penyumbang lain.

“Dalam satu perkampungan tu ada lebih kurang 500 keluarga… Bayangkan 500 keluarga tu hanya sebuah hand pump sahaja dan malangnya ia juga rosak.Ā 

“(Disebabkan ia rosak) mereka terpaksa jalan lebih kurang 20 minit untuk pergi ke lagi satu hand pump yang ambil air pakai perigi tu kan. Ada yang kita panggil bath hole ya? Ambil air pakai tu, itu salah satu punca lagi, dan air tu boleh dikatakan tercemar sebab dia terbuka,” kata Naemah.

Beliau berkata demikian menerusi episod terbaru podcast Garis Krisis (GK) bertajuk, ā€œUganda, Penderitaan Yang Tidak Diendahkanā€.

Podcast GK terbitan Studio Merdeka itu bersiaran di Youtube The Merdeka Times pada Sabtu lalu yang dihoskan petugas kemanusiaan, Lila Ruzaini Hussain.

Uganda merupakan negara ke-24 termiskin di dunia daripada 190 buah negara yang direkodkan dalam Tinjauan Ekonomi Dunia April 2024 yang diterbitkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). — The Merdeka Times

Author