Connect with us

Antarabangsa

India bakal atasi Indonesia sebagai umat Islam paling ramai di dunia

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • India dijangka mempunyai 311 juta umat Islam pada tahun 2050, menjadikannya negara dengan populasi Muslim terbesar di dunia.
  • Angka itu bakal merangkumi 11 peratus daripada jumlah keseluruhan umat Islam di dunia.
  • Kajian berkenaan juga mencadangkan kira-kira 80 peratus penduduk India beragama Hindu, manakala 15 peratus terdiri daripada umat Islam.

NEW DELHI – India akan mengatasi Indonesia sebagai negara dengan jumlah umat Islam paling ramai pada tahun 2050.

Fakta terbaru itu dipetik daripada sebuah kajian oleh pusat pemikir Amerika Syarikat, Pew Research Centre yang dilaporkan DNA India.

India dijangka mempunyai 311 juta umat Islam pada tahun 2050, menjadikannya negara dengan populasi Muslim terbesar di dunia.

Angka itu bakal merangkumi 11 peratus daripada jumlah keseluruhan umat Islam di dunia.

Pada masa ini, Indonesia mempunyai jumlah umat Islam terbesar di dunia.

Kajian berkenaan juga menyatakan kira-kira 80 peratus penduduk India beragama Hindu, manakala 15 peratus terdiri daripada umat Islam.

India sudah menjadi tempat tinggal bagi sebahagian besar penganut Hindu di dunia. Pada tahun 2010, 94 peratus daripada penganut Hindu di dunia tinggal di India.

Perkara ini dijangka kekal benar pada tahun 2050, apabila 1.3 bilion penganut Hindu dijangka tinggal di negara itu. – The Merdeka Times

Author