Antarabangsa
“Anjing gemuk di Gaza kerana makan mayat” – Ketua Biro Kemanusiaan PBB

- “Salah satu perkara paling mengejutkan yang saya lihat semasa memandu masuk adalah anjing-anjing yang berkeliaran di antara runtuhan. Saya bertanya kepada rakan saya, kenapa anjing-anjing ini kelihatan gemuk?
- “Dia menjawab, kerana mereka mencari mayat untuk dimakan. Dan anda akan perasan bahawa manusia di sana kelihatan kurus, dan anda dapat melihat keadaan itu berterusan sepanjang perjalanan, sejauh mata memandang.” – Ketua Biro Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Tom Fletcher.
“Gaza lebih teruk daripada apa yang saya bayangkan.”
Berikut perkongsian Ketua Biro Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Tom Fletcher kepada wartawan hasil pengamatannya selepas lawatan ke Gaza baru-baru ini.
“Salah satu perkara paling mengejutkan yang saya lihat semasa memandu masuk adalah anjing-anjing yang berkeliaran di antara runtuhan.
“Saya bertanya kepada rakan saya, kenapa anjing-anjing ini kelihatan gemuk?
Dia menjawab, kerana mereka mencari mayat untuk dimakan. Dan anda akan perasan bahawa manusia di sana kelihatan kurus, dan anda dapat melihat keadaan itu berterusan sepanjang perjalanan, sejauh mata memandang,” jelas Fletcher.
Menurut Al Jazeera, Fletcher menyatakan bahawa kemusnahan dan kehancuran di utara Gaza lebih dahsyat berbanding di selatan, yang kini telah musnah sepenuhnya menjadi runtuhan.
“Tidak ada tanda-tanda atau mercu tanda untuk mengenal pasti kawasan. Anda tidak dapat melihat mana satu sekolah, mana satu hospital, atau mana satu rumah,” kata Fletcher.
Semalam, pakar PBB turut menyelar tindakan Israel yang melakukan jenayah genosid terhadap Palestin dengan memusnahkan kemudahan kesihatan wanita dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.-The Merdeka Times
