Connect with us

Terkini

(VIDEO)Tidak mahu tipu pengguna, Kilang padi bumiputera terbesar gulung tikar selepas 57 tahun

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Urusan Dibuk Sdn. Bhd., Marzukhi Othman
  • Kilang Dibuk Sdn. Bhd. yang terletak di Jalan Kangar-Alor Setar di Simpang Empat sebelum ini memberi kemudahan kepada lebih 10,000 petani di Perlis bagi menjual hasil tuaian mereka sudah tidak mampu lagi bertahan berikutan tekanan lonjakan harga belian padi yang tinggi di sebalik harga beras masih rendah.
  • Malah, dalam tempoh dua tahun, kilang padi diusahakan Marzukhi Othman yang cukup terkenal di Perlis itu sudah mengalami kerugian lebih RM10 juta membabitkan kesemua tiga kilang miliknya di mana dua daripada tiga kilang tersebut sudah menutup operasi dengan satu lagi bakal ‘bungkus’.
  • Marzukhi yang juga Pengarah Urusan Dibuk Sdn. Bhd. berkata, pihaknya sudah tidak mampu lagi bertahan dengan tekanan lonjakan harga belian padi daripada petani yang satu ketika pernah mencecah hampir RM2,000 per tan metrik.
  • “Pengilang yang mempu­nyai rangkaian pengedaran beras ber­kenaan kebiasaan mencampurkan beras tempatan yang dibeli dengan harga kawalan de­ngan beras import dan kemudian dijual sebagai beras import dengan harga yang tidak dika­wal seterusnya mengaut keuntungan berlipat ganda.
  • “Dengan keuntungan yang besar daripada manipulasi beras tempatan dijadikan beras import ini, mereka gunakannya untuk menaikkan harga padi di lapangan dan secara langsung membunuh pengilang seperti kami yang tidak mahu menipu pengguna dengan menjual beras tempatan sebagai beras import,” katanya dipetik Utusan Malaysia pada Jumaat.

KUALA LUMPUR —  Kilang padi bumipu­tera terbesar di Perlis yang beroperasi sejak 57 tahun lalu bakal gulung tikar ekoran tidak lagi mampu menanggung kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kilang Dibuk Sdn. Bhd. yang terletak di Jalan Kangar-Alor Setar di Simpang Empat sebelum ini memberi kemudahan kepada lebih 10,000 petani di negeri itu bagi menjual hasil tuaian mereka sudah tidak mampu lagi bertahan berikutan tekanan lonjakan harga belian padi yang tinggi di sebalik harga beras masih rendah.

Malah, dalam tempoh dua tahun, kilang padi diusahakan Marzukhi Othman yang cukup terkenal di Perlis itu sudah mengalami kerugian lebih RM10 juta membabitkan kesemua tiga kilang miliknya di mana dua daripada tiga kilang tersebut sudah menutup operasi dengan satu lagi bakal ‘bungkus’.

Kesemua kilang Dibuk Sdn. Bhd. itu mampu mempro­ses sehingga 30,000 tan metrik semusim dengan membabitkan 78 pekerja.

Marzukhi yang juga Pengarah Urusan Dibuk Sdn. Bhd. berkata, pihaknya sudah tidak mampu lagi bertahan dengan tekanan lonjakan harga belian padi daripada petani yang satu ketika pernah mencecah hampir RM2,000 per tan metrik.

Beliau berkata lonjakan harga belian padi itu berikutan persaingan oleh pengilang-pe­ngilang besar bukan bumiputera yang turut menguasai pasaran beras borong bagi mendapatkan bekalan padi.

“Pengilang yang mempu­nyai rangkaian pengedaran beras ber­kenaan kebiasaan mencampurkan beras tempatan yang dibeli dengan harga kawalan de­ngan beras import dan kemudian dijual sebagai beras import dengan harga yang tidak dika­wal seterusnya mengaut keuntungan berlipat ganda.

“Dengan keuntungan yang besar daripada manipulasi beras tempatan dijadikan beras import ini, mereka gunakannya untuk menaikkan harga padi di lapangan dan secara langsung membunuh pengilang seperti kami yang tidak mahu menipu pengguna dengan menjual beras tempatan sebagai beras import.

“Dengan kos harga padi yang tinggi, kos elektrik, diesel, ‘rubber roller’, ‘jumbo beg’ dan gaji serta alat ganti yang saban tahun meningkat menyebabkan kami tidak mampu lagi untuk melunaskan hutang bank,” katanya dipetik Utusan Malaysia pada Jumaat.

Marzukhi yang juga Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia berkata daripada 127 kilang bumiputera yang aktif sejak 1998 namun kini hanya tinggal sembilan masih bertahan dan menunggu masa gulung tikar.

Beliau berkata kilang-kilang bumiputera yang tinggal itu juga hanya menunggu masa ‘bungkus’ sekiranya tiada langkah diambil dalam menangani dasar yang sudah tidak relevan iaitu kawalan harga beras putih tempatan, manakala beras putih import tidak dikawal harga siling.

“Pihak berkuasa dalam industri padi juga diminta untuk tidak lagi mengeluarkan dan membenarkan pusat pusat belian padi berlesen di dalam lingkungan 20 kilometer dengan kilang.

“Pelesen-pelesen ini lah merupakan orang tengah yang ditaja oleh kilang besar dalam membolot padi walaupun di luar kawasan mereka disamping menaikan kos untuk mengeluarkan beras,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *