Connect with us

Terkini

Vape remaja: Bertindak sekarang, jangan tangguh lagi – Persatuan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (PKRM) gesa tindakan segera dan tegas untuk hentikan krisis vape babitkan remaja.
  • Jika tidak bertindak sekarang, lebih ramai remaja akan terjerumus dalam ketagihan sebelum mereka sempat mencapai usia dewasa.
  • Masalah yang timbul termasuk kesihatan yang serius, masa depan terjejas dari segi akademik, pekerjaan, dan kesejahteraan hidup.
  • Perlu haramkan perisa e-rokok yang menarik perhatian remaja, kawal iklan vape di media sosial dan hukuman lebih berat terhadap penjualan vape kepada bawah umur.
  • Adakan kempen kesedaran besar-besaran dengan menggunakan media digital untuk membongkar taktik industri vape dan memberi maklumat tepat kepada remaja mengenai bahaya vape.
  • Wujudkan pusat sokongan khas bagi membantu remaja yang ingin berhenti ketagihan vape.
  • Kerajaan mesti pastikan syarikat vape tidak dibiarkan bebas meracuni generasi muda demi keuntungan mereka.

KUALA LUMPUR — Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (PKRM) menggesa tindakan segera dan tegas daripada semua pihak untuk menghentikan krisis vape babitkan remaja yang semakin runcing.

PKRM menegaskan jika tidak bertindak sekarang, lebih ramai remaja akan terjerumus dalam ketagihan sebelum mereka sempat mencapai usia dewasa.

Perkara ini bukan sahaja akan membawa masalah kesihatan yang serius, tetapi juga menjejaskan masa depan mereka dari segi akademik, pekerjaan, dan kesejahteraan hidup.

“Untuk menangani krisis ini, kami menggesa tindakan segera dan tegas daripada pembuat dasar, pendidik, petugas kesihatan, ibu bapa, dan masyarakat secara keseluruhannya.

“Ini termasuk mengharamkan perisa e-rokok yang menarik perhatian remaja, kawal iklan vape di media sosial dan tingkatkan hukuman terhadap penjualan vape kepada bawah umur.

“Mengadakan kempen kesedaran besar-besaran dengan menggunakan media digital untuk membongkar taktik industri vape dan memberi maklumat tepat kepada remaja mengenai bahaya vape… Mewujudkan pusat sokongan khas bagi membantu remaja yang ingin berhenti ketagihan vape selain kerajaan mesti memastikan syarikat vape tidak dibiarkan bebas meracuni generasi muda demi keuntungan mereka.

“Ini bukan sekadar isu polisi semasa—ia adalah soal masa depan negara… Kita tidak boleh berlengah, tidak boleh bertolak ansur dengan industri yang mengeksploitasi anak muda kita, dan tidak boleh membiarkan generasi akan datang dibelenggu ketagihan.

“Masa untuk bertindak ialah sekarang—dengan ketegasan, keberanian, dan komitmen penuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PKRM turut memetik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022 yang melaporkan 14.9 peratus remaja berusia 13 hingga 17 tahun adalah pengguna e-rokok semasa di mana ia meningkat dengan ketara dari tahun-tahun sebelumnya dan lebih membimbangkan apabila hampir separuh daripada mereka iaitu 48.5 peratus mula menghisap vape sebelum usia 14 tahun.

Persatuan itu mengingatkan bahawa kelompok remaja bukan sekadar “orang dewasa kecil”, mereka mempunyai ciri perkembangan dan psikologi yang unik menjadikan mereka lebih mudah terpengaruh dengan budaya vape.

Justeru dalam hal ini, katanya kita memerlukan strategi khas kerana otak kelompok remaja itu masih berkembang sedangkan pengambilan nikotin dalam vape boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada fungsi kognitif dan kawalan emosi; remaja pula mudah terpengaruh dengan media sosial dan rakan sebaya apabila vape sering digambarkan sebagai sesuatu yang ‘cool’ dan tidak berbahaya.

Strategi khas juga diperlukan kerana kelompok remaja tidak menyedari risiko sebenar ketagihan vape.

Sebaliknya, mereka mempercayai bahawa mereka boleh berhenti pada bila-bila masa, sedangkan ketagihan nikotin sangat sukar untuk dihentikan dan dalam masa sama industri vape pula dilihat sengaja mensasarkan kelompok itu dengan menawarkan pelbagai perisa manis dan reka bentuk produk menarik. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *