Connect with us

Antarabangsa

Tiada kuasa luar boleh paksa rakyat Palestin tinggalkan tanah air – Erdogan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan
  • Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menegaskan pada Ahad tiada kuasa boleh memaksa penduduk Gaza meninggalkan tanah air mereka sambil menegaskan Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah milik rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu (AA).
  • “Tiada kuasa yang boleh mengusir rakyat Gaza dari tanah air mereka, yang telah mereka diami selama ribuan tahun.
  • “Palestin, termasuk Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah milik rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita di Istanbul sebelum berlepas ke Malaysia.

ISTANBUL — Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menegaskan pada Ahad bahawa tiada kuasa boleh memaksa penduduk Gaza meninggalkan tanah air mereka sambil menegaskan bahawa Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah milik rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Tiada kuasa yang boleh mengusir rakyat Gaza dari tanah air mereka, yang telah mereka diami selama ribuan tahun.

“Palestin, termasuk Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah milik rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita di Istanbul sebelum berlepas ke Malaysia.

Cadangan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) ke atas Gaza, yang dibuat di bawah tekanan daripada rejim zionis tidak wajar dibincangkan, kata Erdogan.

“Usaha itu sia-sia dan tidak membawa sebarang manfaat,” katanya merujuk kepada cadangan Presiden AS, Donald Trump, untuk menempatkan semula rakyat Palestin.

Beliau turut memuji kumpulan Palestin, Hamas kerana memenuhi janjinya dalam pertukaran tahanan yang sedang berlangsung dengan Israel, meskipun terdapat cubaan Israel untuk menggagalkan proses itu. – BERNAMA-AA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *