Connect with us

Antarabangsa

Tiada hak untuk kembali buat Palestin dalam pelan Gaza – Trump

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden AS, Donald Trump
  • Itu kenyataan terkini Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam pelan pengambilalihan Gaza oleh AS. Trump turut menggambarkan cadangannya sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan.
  • “Tidak, mereka tidak akan diberi hak kembali kerana mereka akan mendapat perumahan yang lebih baik,” kata Trump apabila pengacara bertanya samada rakyat Palestin akan diberikan hak untuk kembali ke semenanjung tersebut.
  • Trump berkata beliau akan membina ‘komuniti indah’ untuk lebih dua juta rakyat Palestin yang tinggal di Gaza ketika ini.

WASHINGTON — “Tiada hak untuk kembali buat rakyat Palestin.”

Itu kenyataan terkini Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam pelan pengambilalihan Gaza oleh AS. Trump turut menggambarkan cadangannya sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan.

Trump berkata demikian dalam satu program terbitan Fox News Channel. Walaupun cadangan tersebut ditolak dunia, Trump masih komited untuk melaksanakan ia dengan menyatakan bahawa dirinya akan memiliki Gaza dan mungkin terdapat sebanyak enam lokasi berbeza untuk Palestin tinggal di luar Gaza.

“Tidak, mereka tidak akan diberi hak kembali kerana mereka akan mendapat perumahan yang lebih baik,” kata Trump apabila pengacara bertanya samada rakyat Palestin akan diberikan hak untuk kembali ke semenanjung tersebut.

Trump berkata beliau akan membina ‘komuniti indah’ untuk lebih dua juta rakyat Palestin yang tinggal di Gaza ketika ini.

“Boleh jadi lima, enam, boleh jadi dua. Tetapi kita akan membina komuniti yang selamat, sedikit jauh dari tempat mereka berada, di mana semua bahaya ini,” tambah Trump.

Trump pertama kali mendedahkan pelan pembangunan Gaza yang mengejutkan itu semasa sidang akhbar bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu minggu lalu.-The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *