Connect with us

Terkini

Rugi RM500 juta penjualan saham MAHB: Anthony Loke dipanggil PAC

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke
  • Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa individu penting, termasuk Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung dakwaan kerugian RM500 juta dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) oleh KWSP.
  • Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata Anthony Loke bersama semua individu berkenaan akan dipanggil memberi keterangan dalam prosiding secara berperingkat yang akan bermula minggu kedua bulan ini.
  • “Kita pernah memanggil MAHB sebelum ini untuk membincangkan mengenai beberapa perkara dan bagi pengurusan lapangan terbang awam, PAC sudah pun menyediakan terma rujukan bahawa prosiding yang akan menjurus kepada semua isu termasuk penyahsenaraian MAHB daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia sebagai pemilikan Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) diterajui Khazanah Nasional Berhad selain berkaitan isu harga tiket yang tinggi serta isu kelewatan pemasangan Aerotrain.
  • “Saya tidak menolak kemungkinan memanggil juga Menteri Pengangkutan kerana terdapat masalah berkaitan perkhidmatan aerotrain, jadi penting untuk kita maklum balas serta keterangan daripada beliau,” katanya dipetik Berita Harian selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Khidmat Srikandi BERSATU Melaka disempurnakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Taman Tambak Paya Harmoni, Ayer Molek di Melaka pada Sabtu.

KUALA LUMPUR — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa individu penting, termasuk Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung dakwaan kerugian RM500 juta dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata Anthony Loke bersama semua individu berkenaan akan dipanggil memberi keterangan dalam prosiding secara berperingkat yang akan bermula minggu kedua bulan ini.

“Kita pernah memanggil MAHB sebelum ini untuk membincangkan mengenai beberapa perkara dan bagi pengurusan lapangan terbang awam, PAC sudah pun menyediakan terma rujukan bahawa prosiding yang akan menjurus kepada semua isu termasuk penyahsenaraian MAHB daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia sebagai pemilikan Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) diterajui Khazanah Nasional Berhad selain berkaitan isu harga tiket yang tinggi serta isu kelewatan pemasangan Aerotrain.

“Beberapa pihak yang akan dipanggil sudah pun disenaraikan dan insya-Allah pada minggu kedua bulan ini kita jangka akan mulakan prosiding terbabit.

“Saya tidak menolak kemungkinan memanggil juga Menteri Pengangkutan kerana terdapat masalah berkaitan perkhidmatan aerotrain, jadi penting untuk kita maklum balas serta keterangan daripada beliau,” katanya dipetik Berita Harian selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Khidmat Srikandi BERSATU Melaka disempurnakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Taman Tambak Paya Harmoni, Ayer Molek, di Melaka, pada Sabtu.

Menurut Berita Harian, beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik sebelum ini dilaporkan mendesak KWSP menjelaskan penjualan saham MAHB yang dimilikinya pada Januari 2023 dengan kadar harga sekitar RM6.74 seunit sebelum membelinya semula pada harga tawaran RM11 seunit dalam usaha menswastakan MAHB.

MCA pada 14 Januari lalu turut dilaporkan menggesa kerajaan melakukan siasatan terhadap penjualan saham syarikat penerbangan awam itu oleh KWSP pada 2023,  sekali gus menyaksikan KWSP hanya mempunyai pegangan saham lima peratus dalam MAHB.

Malah, langkah membeli 25 peratus pegangan saham lagi dalam MAHB bagi mencapai kepentingan 30 peratus juga tidak masuk akal untuk usaha mengswastakan MAHB.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menegaskan beliau betul-betul tidak memahami langkah terkebelakang itu yang jelas akan menimbulkan kemarahan rakyat terutamanya 16.1 juta pencarum KWSP, lapor MalaysiaGazette. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *