Antarabangsa
Ribut salji, Wanita Israel maut akibat hipotermia

- Seorang wanita meninggal dunia akibat hipotermia (suhu tubuh mengalami penurunan secara drastik) di rumahnya di bandar peranginan Eilat di selatan wilayah jajahan Israel.
- Perkhidmatan kecemasan Magen David Adom berkata petugas perubatan cuba menyelamatkannya tetapi terpaksa mengisytiharkan beliau meninggal dunia di tempat kejadian.
ISRAEL – Seorang wanita meninggal dunia akibat hipotermia (suhu tubuh mengalami penurunan secara drastik) di rumahnya di bandar peranginan Eilat di selatan wilayah jajahan Israel.
Perkhidmatan kecemasan Magen David Adom berkata petugas perubatan cuba menyelamatkannya tetapi terpaksa mengisytiharkan beliau meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Times of Israel, pada malam Rabu, ribut musim sejuk yang membawa angin kencang, hujan, dan suhu yang turun secara drastik dilapor melanda negara tersebut.
Kejadian hipotermia lain turut berlaku di bandar Bnei Brak di kawasan tengah negara, di mana seorang lelaki berusia 95 tahun ditemui dalam keadaan kritikal di sebuah pangsapuri dan dibawa ke hospital.
Di Jerusalem, beberapa tiang elektrik tumbang menimpa lebuh raya Begin yang melintasi ibu kota pada Rabu.
Seorang pemandu cedera ringan apabila pokok tumbang menimpa keretanya di Lebuhraya 22 di kawasan Galilee Barat. -The Merdeka Times
