Connect with us

Antarabangsa

Lelaki mengaku ‘imam’ gay ditembak mati di Afrika Selatan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Seorang yang digelar sebagai ‘imam’ gay pertama di dunia secara terbuka, Muhsin Hendricks
  • Muhsin Hendricks, seorang yang digelar sebagai ‘imam’ gay pertama di dunia secara terbuka, telah ditembak mati di Afrika Selatan.
  • Hendricks dibunuh selepas beliau didakwa mengendalikan majlis perkahwinan lesbian, walaupun perkara ini belum disahkan secara rasmi.
  • “Dua suspek yang tidak dikenali dengan wajah yang tertutup keluar dari kenderaan dan mula melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah kenderaan tersebut,” kata pihak polis dalam satu kenyataan.

AFRIKA SELATAN — Muhsin Hendricks, seorang yang digelar sebagai ‘imam’ gay pertama di dunia secara terbuka, telah ditembak mati di Afrika Selatan.

Hendricks yang berusia 57 tahun, mengendalikan Masjidul Ghurbaah di Cape Town yang bertujuan menyediakan tempat perlindungan bagi umat Islam gay dan golongan minoriti lain.

Beliau dibunuh pada pagi Sabtu selepas kereta yang dinaikinya diserang dekat bandar Gqeberha, selatan Afrika Selatan.

“Dua suspek yang tidak dikenali dengan wajah yang tertutup keluar dari kenderaan dan mula melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah kenderaan tersebut,” kata pihak polis dalam satu kenyataan.

Hendricks dibunuh selepas beliau didakwa mengendalikan majlis perkahwinan lesbian, walaupun perkara ini belum disahkan secara rasmi.

Maklumat mengenai serangan itu didedahkan melalui rakaman kamera keselamatan yang dikongsi di media sosial.

Afrika Selatan menjadi negara pertama di Afrika yang membenarkan perkahwinan sama jenis pada tahun 2006.

Hendricks tampil mengakui dirinya sebagai gay pada tahun 1996, yang mengejutkan komuniti Muslim di Cape Town dan di tempat lain.

Pada tahun yang sama, beliau menubuhkan ‘The Inner Circle’, sebuah organisasi yang menyediakan sokongan bagi ‘Muslim’ queer yang mencari jalan untuk menyatukan agama dan seksualiti mereka, sebelum beliau menubuhkan Masjidul Ghurbaah.-The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *