Connect with us

Terkini

KPM, DBP sokong pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang – Fadhlina

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata usaha itu, termasuk memberikan kursus-kursus bahasa dan melaksanakan program seperti pertandingan debat serta pidato bagi memantapkan penguasaan bahasa kebangsaan kepada pengamal undang-undang.
  • “Sehubungan itu, KPM dan agensi di bawahnya, khususnya DBP akan sentiasa bersedia menyokong dan mendukung pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam bidang undang-undang dan keseluruhan ranah di negara ini,” katanya ketika berucap pada perasmian Simposium Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Undang-Undang di Wisma DBP hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) akan sentiasa siap siaga bagi menyediakan prasarana berkaitan peristilahan, khususnya dalam bidang undang-undang.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata usaha itu, termasuk memberikan kursus-kursus bahasa dan melaksanakan program seperti pertandingan debat serta pidato bagi memantapkan penguasaan bahasa kebangsaan kepada pengamal undang-undang.

“Usaha murni ini amat penting kerana kita tidak mahu akses berkaitan undang-undang bersifat dwistandard, khususnya yang berkaitan dengan sistem penyampaian, sehingga keadilan tidak dapat ditegakkan bagi menjamin hak dan keharmonian rakyat Malaysia yang penuh kerencaman ini.

“Sehubungan itu, KPM dan agensi di bawahnya, khususnya DBP akan sentiasa bersedia menyokong dan mendukung pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam bidang undang-undang dan keseluruhan ranah di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Simposium Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan Dalam Bidang Undang-Undang di Wisma DBP hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Dr Anwar Ridhwan.

Simposium sehari berkenaan menghimpunkan tokoh-tokoh dan pengamal bidang undang-undang, ahli akademik, pentadbir, dan pelajar jurusan undang-undang.

Ia bertujuan menanam dan menyemai kecintaan dan mewujudkan sikap megah bahasa dalam kalangan semua pihak dalam bidang undang-undang di negara ini.

Simposium itu dianjurkan bersama DBP, Jabatan Bantuan Guaman (Jabatan Perdana Menteri), Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Undang-undang. — BERNAMA

Author