Connect with us

Antarabangsa

Kennedy Jr. petik kertas penyelidikan cacat kaitkan vaksin dengan autisme – FactCheck.org

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Calon Setiausaha Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS) Amerika Syarikat, Robert F. Kennedy Jr.
  • FactCheck.org sebuah Pusat Dasar Awam Annenberg (APPC) di Universiti Pennsylvania menyelar Kennedy Jr. dengan menyatakan kertas penyelidikan yang dipetik calon setiausaha kesihatan AS  itu mengandungi banyak masalah metodologi yang serius dan tidak seharusnya diterima dalam mana-mana peer review yang sah.
  • Kennedy bagaimanapun mendakwa bahawa ada kajian lain di luar sana yang mengaitkan hubungan antara vaksin dan autisme.

Calon Setiausaha Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS) Amerika Syarikat, Robert F. Kennedy Jr. didakwa merujuk sebuah kertas penyelidikan yang cacat bagi menyokong dakwaan bahawa vaksin menyebabkan autisme.

FactCheck.org sebuah Pusat Dasar Awam Annenberg (APPC) di Universiti Pennsylvania menyelar Kennedy Jr.  menyatakan kertas kerja yang dipetik calon setiausaha kesihatan AS  itu mengandungi banyak masalah metodologi yang serius dan tidak seharusnya diterima dalam mana-mana peer review yang sah.

“Kertas kerja tunggal yang dipetik oleh Kennedy dalam sesi pendengaran yang mendakwa bahawa kanak-kanak yang divaksinasi lebih cenderung untuk didiagnosis dengan autisme dan gangguan perkembangan neuro lain berbanding kanak-kanak yang tidak divaksinasi, tidak dianggap sebagai kajian yang ketat,” kata Pengarah Bahagian Biostatistik di Sekolah Perubatan Perelman Universiti Pennsylvania, Jeffrey S. Morris kepada FactCheck.org.

Kennedy bagaimanapun mendakwa bahawa ada kajian lain di luar sana yang mengaitkan hubungan antara vaksin dan autisme.

Dalam ucapan pembukaan beliau pada sessi pendengaran pengesahan Senat, Kennedy Jr. menegaskan bahawa beliau bukanlah seorang anti-vaksin.

Bagaimanapun sejurus kenyataan itu dibuat seorang penunjuk perasaan menjerit, “Dia berbohong!” dan kemudiannya diusir oleh pihak keselamatan.

“Saya ingin memastikan bahawa jawatankuasa ini jelas mengenai beberapa perkara. Laporan berita mendakwa bahawa saya adalah seorang yang anti-vaksin atau anti-industri. Sebenarnya, saya bukan kedua-duanya; saya pro-keamanan,” kata Kennedy.

Usaha Robert F. Kennedy Jr. untuk menjadi tonggak kesihatan utama negara semakin samar apabila terdapat ahli Republikan dan Demokrat menyuarakan keraguan mereka terhadap pegangan Kennedy berkaitan vaksinasi kanak-kanak yang mampu mencegah penyakit maut. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *