Connect with us

Antarabangsa

Jordan, Mesir perlukan bantuan AS, Trump yakin dua negara akur terima penduduk Gaza

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Raja Abdullah dari Jordan (Kiri) & Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump (Kanan)
  • “Kami menyumbang banyak wang kepada Jordan, dan juga kepada Mesir, sangat banyak kepada kedua-duanya. Tetapi saya tidak perlu menggunakan perkara tersebut sebagai ancaman. Saya rasa kita lebih baik daripada itu,” kata Trump.
  • Trump dengan penuh keyakinan berkata bahawa Jordan, serta Mesir, akhirnya akan bersetuju untuk menempatkan penduduk Gaza yang terjejas.
  • Tambahnya, kedua-dua negara tersebut bergantung pada bantuan ekonomi dan ketenteraan dari Washington.

WASHINGTON – Walaupun Amerika Syarikat (AS) sudah banyak menyalurkan bantuan kewangan buat Jordan dan Mesir namun AS tidak perlu sampai menggunakan perkara itu sebagai ancaman jika kedua-dua negara tersebut enggan untuk bersetuju menerima penduduk Gaza.

Perkara itu dinyatakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam sesi pertemuan dengan Raja Abdullah dari Jordan di Rumah Putih semalam.

Ia merupakan pertemuan pertama mereka sejak Trump mengumumkan cadangannya untuk mengambil alih wilayah tersebut dan memindahkan dua juta penduduk Palestin ke negara-negara lain di rantau ini, termasuk Jordan.

Trump yang sekali lagi menegaskan bahawa AS akan mengambil alih semenanjung Gaza membuatkan suasana pertemuan tersebut  berada dalam keadaan janggal.

Pada awal minggu ini, Trump mencadangkan bahawa beliau mungkin menahan bantuan kepada Jordan dan Mesir sekiranya mereka tidak bersetuju untuk menerima penduduk Gaza tersebut.

“Kami menyumbang banyak wang kepada Jordan, dan juga kepada Mesir, sangat banyak kepada kedua-duanya. Tetapi saya tidak perlu menggunakan perkara tersebut sebagai ancaman. Saya rasa kita lebih baik daripada itu,” kata Trump.

Trump dengan penuh keyakinan berkata bahawa Jordan, serta Mesir, akhirnya akan bersetuju untuk menempatkan penduduk Gaza yang terjejas.

Tambahnya, kedua-dua negara tersebut bergantung pada bantuan ekonomi dan ketenteraan dari Washington.

“Saya percaya kita akan mempunyai sebidang tanah di Jordan (untuk rakyat Palestin) . Saya percaya kita akan mempunyai sebidang tanah di Mesir,” kata Trump.

Jordan, sekutu utama AS di Timur Tengah, sudah pun menjadi tempat tinggal bagi jutaan pelarian Palestin dan telah menolak cadangan tersebut.

Amman sedang menghadapi kesan dari pemberhentian bantuan selama 90 hari oleh Trump.

Israel dan Mesir telah diberikan pengecualian, tetapi 1.45 bilion dollar AS yang diterima Jordan setiap tahun masih dibekukan sementara menunggu kajian semula oleh pentadbiran Trump terhadap semua bantuan luar negara.-The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *