Connect with us

Terkini

Isu Dewa Kekayaan, Pengarah JAIS enggan ulas

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad
  • Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad enggan menjawab atau mengulas berkenaan isu kehadiran maskot ‘Dewa Kekayaan’ di sebuah program Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Taman Sri Saga Kajang, Selangor semalam yang turut membabitkan komuniti Islam di sana.
  • Respon daripada Pengarah JAIS itu dimaklumkan Penolong Pengarah Seksyen Komunikasi Korporat, Unit Korporat kepada The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini ketika beliau diminta mengulas berkenaan isu tersebut.
  • Sambutan Tahun Baru Cina yang menampilkan maskot ‘Dewa Kekayaan’ itu dianjurkan secara bersama oleh NGO Islam dari Kajang dan Bangi serta Persatuan Muslim Cina He-Ping (HPCMS) yang memuat naik video sekitar suasana program tersebut yang dipenuhi kehadiran penduduk berbangsa Cina dan Melayu-Islam di media sosial.

KUALA LUMPUR — Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad enggan menjawab atau mengulas berkenaan isu kehadiran maskot ‘Dewa Kekayaan’ di sebuah program Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Taman Sri Saga Kajang, Selangor semalam yang turut membabitkan komuniti Islam.

Respon daripada Pengarah JAIS itu dimaklumkan Penolong Pengarah Seksyen Komunikasi Korporat, Unit Korporat kepada The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini ketika beliau diminta mengulas berkenaan isu tersebut.

Sambutan Tahun Baru Cina yang menampilkan maskot ‘Dewa Kekayaan’ itu dianjurkan secara bersama oleh NGO Islam dari Kajang dan Bangi serta Persatuan Muslim Cina He-Ping (HPCMS) yang memuat naik video sekitar suasana program tersebut yang dipenuhi kehadiran penduduk berbangsa Cina dan Melayu-Islam di media sosial.

Difahamkan, Dewa Cai Shen atau Dewa Kekayaan merupakan dewa yang popular disembah oleh segenap masyarakat Cina, terutama pada Perayaan Tahun Baharu Cina. Dewa Kekayaan itu menjadi dewa yang paling popular disembah dan dijadikan tempat memohon hajat untuk memperoleh rezeki dan tuah. Selain itu, bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan, penyembahan kepada dewa Cai Shen adalah lebih diutamakan berbanding dewa lain.

Konsep dewa itu berasal dari Agama Rakyat Cina (Chinese Folk Religion) dan bukan dari agama Buddha,Taoisme atau Confusianisme.

Dewa Kekayaan sering digambarkan sebagai seorang lelaki berjanggut dan bermisai hitam, memakai pakaian serba merah, dengan topi yang tersendiri serta memegang wang emas di tangannya. Pada setiap Perayaan Tahun Baharu Cina, maskot dan patung Dewa Kekayaan ini menjadi sangat popular sebagai simbol membawa kekayaan kepada masyarakat.— The Merdeka Times

Author