Connect with us

Antarabangsa

Israel akan serah Gaza selepas perang, tentera AS tidak diperlukan- Trump

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden AS, Donald Trump
  • Israel akan menyerahkan Gaza kepada Amerika Syarikat selepas perang berakhir dan penduduk semenanjung itu telah dipindahkan ke kawasan lain.
  • Justeru dengan penuh yakin Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, tiada keperluan untuk tentera AS berada di zon konflik tersebut.
  • Israel kini mengarahkan tenteranya untuk bersedia bagi membenarkan penduduk Palestin di Gaza keluar secara sukarela daripada semenanjung tersebut.

WASHINGTON – Israel akan menyerahkan Gaza kepada Amerika Syarikat selepas perang berakhir dan penduduk semenanjung itu telah dipindahkan ke kawasan lain.

Justeru dengan penuh yakin Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, tiada keperluan untuk tentera AS berada di zon konflik tersebut.

Susulan itu, Israel kini mengarahkan tenteranya untuk bersedia bagi membenarkan penduduk Palestin di Gaza keluar secara sukarela daripada semenanjung tersebut.

Walaupun mendapat kecaman antarabangsa, Trump ulangi rancangan untuk mengambil alih Gaza.

“Selepas pertempuran tamat, Semenanjung Gaza akan diserahkan kepada Amerika Syarikat oleh Israel,” katanya.

“Palestin akan dipindahkan ke komuniti yang lebih selamat dan lebih indah, dengan rumah-rumah baru dan moden, di rantau ini. Tiada tentera AS yang akan diperlukan!” beliau menambah.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *